Monday, February 15, 2010

AKU BUKAN PEMBUNUH ITU

Tiba- tiba kau kata
aku memancungmu
apa ini
bila kenapa
mendadak kau mahu pergi
tanpa ruang
untuk aku bersuara
untuk aku bertanya
apakah sebabnya
memang aku benar benar tidak mengerti
apa sebenar yang tersembunyi
jujurlah padaku

bukan kah sudah kukatakan dulu
siapa pun dirimu
aku sentiasa menerima seadanya
ingatkah kau janji itu
aku hanya tahu tentang rinduku
aku hanya menyintaimu
aku memang tidak tahu apa apa
tentang dirimu
selebihnya.

4 comments:

Seiri Hanako said...

wow...
tajamnya..

Cahaya Kekasih said...

ape ni...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Seiri Hanako
selamat datang kelaman puisi saya.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Anakanda Cahaya
tak ada apa apa la.