Tuesday, February 09, 2010

KEKASIHKU BERSETIALAH UNTUK SELAMANYA

Beginilah tenangnya
kolam cintaku terpendam
di mana kembang teratai berkembang
di sinilah puisi kasihku tersimpan
di lubuk hatiku diam
anak anak ikan kecil
berkejaran

hanya namamu kutuliskan
dengan segala indahnya
sebuah puisi panjang
selebat hujan hujan rindu
selebat kasihku padamu
sehijau lumut

dan di kedamaian ini
aku tidak lagi bimbang
akan kesetiaan kasihku
untuk selamanya
tersemat di lipatan rahsia
hingga hujung hayat nyawa

berjanjilah untuk kita.

5 comments:

C L J said...

Manusia itu memang jelas tahunya
akan betapa cinta di hatinya
namun tetap jua gagal menilai ia
hati orang itu bagaimana cintanya.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

cinta itu sering disertai kebimbangan
keraguan.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

kebimbangan dan keraguan juga tidak salah.

setiakasih said...

terpukau melihat tenangnya kolam cintamu
anak-anak ikan berkejaran keriangan
kemilau bias matanya
memancarkan girang
tiada terhingga
pabila hujan-hujan rindu
melebat petang

riak air
seakan mengukir namamu
di dada kolam
kembang teratai
merah jambu serona bibir basahku
menguntum senyum
terkenangkan kamu

pada kesetiaan pelangi kepada cahaya
pada keakraban lumut hijau kepada kebasahan
pada kedamaian jiwa kepada alunan zikirNya
pada kesegalaanya terikat janjiku
bersetialah selamanya kepadamu,
kekasihku.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Setiakasih
gembira saya membaca puisinya
puitis yang indah.