Thursday, February 04, 2010

KEKASIHKU HUJAN HUJAN RINDU

Hujan- hujan rindu
semakin melebat
semakin mendekat
kau dalam pelukan kasih
berpautlah padaku
biarlah kita hanyut basah
biarlah kita tercungap lemas
dalam dakapan ini
terdampar sudah

peganglah tanganku
gengamlah janji setia
meresaplah
bersatulah dalam diriku
berkejaran diurat darahku
bergetaran antara hela nafasku
berbisiklah ke telingaku
tentang kesakitanmu
merataplah dibahuku
menangislah sepuasnya.

7 comments:

setiakasih said...
This comment has been removed by the author.
setiakasih said...

akan kepada kamukah
bisa kuratap riwayatku
pada bahu kamukah kupangku dagu
pada diri kamukah kulangsaikan semua makna rindu

dengarkanlah suara hati yang berbisik
aku
jentayu yang melayah
saat fantasi dan realiti bersatu

pikatlah aku
ikatlah sayapku
kerana aku terlah menyerah takdirku
ke tangan kamu
ksatriaku.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

setiakasih
akan aku selalu mendengar
akan kita kongsi bersama
segala payah derita ini
pun aku sedia melangsaikan
beban rindu itu
padamu kuserahkan hatiku
pujaanku
aku pasti akan terus
memikat dan merayumu.

4umyfans said...

saya amatberminat dengan karya-karya anda.. kali pertama terjumpa blog ni, saya sudah mula meminatinya.
tahniah atas usaha menjaga sisa seni bangsa kita dan saya berharap, kita sama-sama memartabatkan industri puisi malaysia.... saya amat tertarik dengan karya-karya lukisan anda juga....

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

TERIMA KASIH BUAT 4 UMYFANS
KERANA DATANG SELAMAT MAJU JAYA.

abuyon said...

salam pak gopa,

Hmm .. sajak pak gopa
kebelakangan ini, saya
tak berani nak komen ..
hehe


o ya apa cerita sajak
saya .. ada masyuk ka
hehe

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Sedang melobi la ni.