Tuesday, November 22, 2011

PADA ANGIN AKU BERBISIK


Aku ingin terus memujamu
mencintaimu
bagai kekagumanku
melihat awan yang bersisik.

Tuesday, November 08, 2011

HELAIAN KENANGAN



Inilah kedut kenangan di wajahku
ketika bersamamu sekian lama
bagai helaian naskah naskah cinta
yang sentiasa ku selak dan ku baca.

KERANA ITU





Aku mencintaimu
kerana itu
gelisah hujan dan angin tidak pernah henti bertanya.

SEKIAN WAKTU MENYEPI



Sepi ini sudah lama tidak terusik
tiba tiba pagi ini wangi harummu datang
aku mencari senyummu yang dulu.