Thursday, January 29, 2009

MALAM DAN MIMPI

Malam ini aku termanggu di meja
melihat timbunan derita
berlonggokan di depanku
melimpah
bersepah
apa yang harus ku lakukan
sedang ia semakin kuat membungkam
menerjah gelisahku selamanya
terkepong oleh hilai ketawa
akulah kelucuan itu
bermimpi di siang hari
semakin jauh pula dari indah
hanya ilusi

biarkanlah
aku sekadar melukis
peristiwa
kenangan lalu
biarlah ia terpendam
diam diingatan
tanpa catatan detik dan waktu.

Tuesday, January 20, 2009

PAGI INDAH





















Selepas pulang dari laut
mengutip ketam dan lumut
larut malam itu
semua kulit- kulitku mengelupas
terasa aku menjadi lain
berwajah lain
menjadi orang baru
menukar arah bangunku
membetulkan lunjur
bingkas berdiri
bersama segengam api
dan harapan menyala
tajam mataku kesana
terus meneliti setiap inci
setiap patah dan baris kata-kata
aku ingin terus melangkah dan berlari
bersama kau yang lahir dari diriku
sunyi puisi
dan taburan bunga dari hati lara

pagi ini
kita masih dapat mendengar burung bertanya
dan membisikan sesuatu dengan gembira
hanya kau yang tahu
semua rahsia itu
mencurah
hanya untuk kamu
mentafsirkan nya dari manis pengalaman
dari pekat hijau daun di hutan.



Mayang Sari,
Port Dikson.

Sunday, January 18, 2009





















Berjalan- jalan di bandar Melaka hari minggu.
Penjajah meninggalkan meriam mereka.Apa maksudnya meriam itu?`Kalau melawan atau berdegil inilah bahananya`.
Diatas bukit Kota Al Famosa ini ada pengemis Melayu yang menyanyi sambil bermain musik, menadah topi mengharap belas kasihan simpati. Di sini juga ada pelukis yang sombong, marah kerana saya ingin mengambil gambarnya,jadi saya membatalkan niat itu.Mulanya saya sangat gembira kerana dia pun pelukis macam saya.Saya menghulurkan tangan tanda salam perkenalan sambil memperkenalkan diri, tapi dia tidak tahu berbudi bahasa dan tidak mahu bersalam dengan saya walau pun saya menghulurkan tangan merendah diri.` katanya untuk apa, saya tidak ada kena mengena dengan awak!. Dia telah memalukan saya dikhalayak itu,saya berlalu dan rasa terhina sekali tambahan pula ada isteri saya dan ramai orang disitu,sekurang- kurangnya dia menghormati saya yang lebih tua.Saya lihat Lukisannya pun hanyalah lukisan fotostat hitam putih yang hanya ditouchup dengan warna.Hanya ada sebuah lukisan yang memang dilukis sebagai pelindung, tetapi memang lukisan yang tidak berkualiti.Nampaknya secara peribadi saya kesal sekali datang ke situ pada hari itu dan sikap dan pendirian seperti langit dengan bumi.Mungkin menguji kesabaran saya dan ternyata sekali dari rupanya yang berpakaian selekih dan berambut panjang sangat menyakitkan hati saya.Sombongnya dia berjalan diatas muka bumi Allah ini.Tidak sedarkah diri semuanya hanya pinjaman sebentar saja. Sekurang- kurangnya saya dapat sedikit pengajaran dan sedikit ilmu.

Thursday, January 15, 2009

AIRMATA DARAH

Langit masih merah membakar
terhimpit di celah ledakan maut
Gaza bergolak lagi
terus dihujani ledakan
dibanjiri darah
tanggis terkulai dipangkuan
para shuhadah

tanggisan anak-anak kecil merintih
mengalirkan airmata darah
diantara kerikil, ceracak dan jerigi
terus terbiar parah
hidup atau mati
siapa peduli mimpi
pertimbangan sudah hilang
kemanusiaan bertukar
menjadi binatang

dunia hanya terdiam sepi
tidak mengenal belas simpati
alangkah kejamnya Yahudi Zionis
anak- anak putih bersih
tidak pernah mengerti apa-apa
hilang bersama debu
lenyap dari pandangan

hanya doa buat saudara
terpenjara tanpa suara tidak bermaya
namun tanggisan jauh itu
sentiasa meronta mengelepar
memanggil manggil resahku bertanya
di mana pahlawan hebatku dulu
bersilang kilas pedang tajammu
memangkas tangkas seribu seteru

mayat-mayat bergelimpangan
tanpa pusara
diam terpejam
begitulah kehidupan
keangkuhan diri
perhitungan dalam perjuangan
meja cerita tidak lagi bermakna
hancurkan saja zionis durjana
jangan lagi diberi muka
layaknya dia haiwan kejam
berwajah serigala

hatinya hitam
dengkinya tidak mungkin lagi padam
sudah terlalu lama kita membiarkan
senda dibungkus kesabaran silam.

Friday, January 09, 2009