Monday, July 29, 2013

KAU TETAP AKAN SELALU ADA.




















Tiba tiba alam bertukar warna
seperti aku ditinggalkan jauh
sehingga begitu tua
kedut wajah
sendiri tanpa kamu
tanpa khabar berita
aku tercari cari di mana
seluas alam kesamaran
hilang tenggelam
taman taman keindahan
meskipun diam 
aku ingin kembali seperti mula
dan kita harus kembali bersama
di dalam gerimis hujan
nota nota puisi ku basah
duka lama masih terendam

kekasih....
ingat kah kau lagi
suatu waktu dulu
betapa pedasnya kata kata
tiba tiba bertukar menjadi begitu rindu
yang sungguh menyiksa.

Karya: Ghafar Bahari.
30. 07. 2013.

Saturday, February 02, 2013

KEMANA MENGHILANG

Kemana pergi gerimis petang
tiba tiba kau hilang
sehingga segalanya tinggal
begitu menyiksakan.
Sehingga puisiku diam
kekeringan hanyut
daun daun waktu  berlalu
aku semakin tua
bermain dengan lapisan kedut
cerita yang usang
tercari cari
tertanya tanya
pada wajah di calar cermin

kemana lenyap gerimis senja
tinggal hanya pohon pohon hitam
sehingga kuntum senduduk itu
tidak lagi melahirkan kembang unggu indahnya
apakah semua itu tidak lagi
memberi apa apa makna
buat kamu

Sedarkah kamu kekasih
bahawa hatiku
sangat tersentuh sekarang.

Karya: A. Ghafar Bahari.
3.2.2013.