Monday, February 15, 2010

KEKASIHKU SUNYI ITU

Sunyi panjang hari ini
ku kehilangan baris kata kata
puisi indah darimu
yang saban waktu datang
menghiburku
seperti ruang kosong hampa
tanpa sesiapa
seperti pohon diam
sekelian alam tidak menyapa
burung burung hilang
terbang kemana
awan di langit tidak bergerak
dan aku diam tidak berganjak
mencarimu
dari nota ke nota

pada setiap bait puisi puisi lama
berulang kali ku bacakan
semakin lama semakin
ketemu indah
dan akan terus kubacakan
buat mengisi setiap inci kesunyian ini
kekosongan yang mula menyerbu
mahu menderaku
pada akal fikir
hati nurani

kekasihku
datanglah
bersuaralah walau pun sepatah.

13 comments:

setiakasih said...

Salam sahabatku,

sayu aku mendengar rintihanmu,
bagaimana aku bisa membantumu,
merawat kesunyianmu?

katakanlah kepadaku
caranya?
agar bisa rawanmu larut
ditiup angin ke laut cina selatan

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

setiakasihku
hanya sekadar bicara darimu
kutunggu buat merawat sepiku.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Terimakasih kerana kunjungan ini.

setiakasih said...

aku tidak sihat sejak semalam.
maaf. bukan sengaja.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

semoga cepat sembuhnya.salam rindu dari ku yang jauh.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

berehatlah, cuaca sekarang pun tidak menentu.

Dhamah Syifflah said...

Ingin aku bertemu...
Kekasih hatiku...

Mampukah aku...
menyelam jauh ke dasar...
Mampukah aku...
Menelan segala pahit gusar...

Aku duduk sayu...
Kesunyian malam itu...
Membibit kerinduan sahdu...
Pada bingkai hatiku...

Dapatkah aku...
Merawat luka dilautan...
Mencari penawar keresahan...
Memburu seribu...
Bayang-bayang hilang...

Kerana Kau...
Aku menghilang...
Dibungkus tanah gersang...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Hanya lelaki yang punya keyakinan kekuatan saja yang mampu menghadapi segala ujian.

setiakasih said...

Begitu juga dengan perempuan...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

belum tidur lagi

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Betul kata Setiakasih tu.Asyik bertanya je mampukah aku, mampukah aku.

Dhamah Syifflah said...

mampukah aku...
dalam kelam-kelam yang sunyi...

ada yang berkata...
aku sanggup meredah...
lautan berapi...

tetapi mampukah aku...
apabila mengetahui...
itu membakar diri...

sedangkan tiada...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Rabiatul Adawiah pernah berkata
hilang syurga hilang neraka
kerana dia kekasihku terserah padanya.