Wednesday, October 12, 2011

DARI SATU SENTUHAN WARNA


Bank Simpanan Nasional
telah terkumpul segala keyakinan
kepercayaan sepenuh harapan
buat merealisasikan
manis impian
jaminan hidup di masa depan

dengan segala kecanggihan teknologi
menjadi ia semakin dihormati
selamat senang dan mudah
buat kami berurusan
sesiapa sahaja
walau di mana berada
pendekatan
seindah semanis senyuman

Bank Simpanan Nasional
menjanjikan berbagai tawaran
Skim Perbankan Islam
untuk semua gulongan
berlandaskan prinsip Syariah
Bai Al- Inah
dari Prinsip Syariah Mudharabah
ke Prinsip Syariah Ujrah
pelaburan kian meningkat
bertambah

lihatlah produk promosi
kebajikan buat Warga Emas
yang memerlukan perhatian
simpati
dari satu sentuhan warna
ia menjadi lebih bermakna


bantuan buat Warga Muda
di pengajian tinggi
kemudahan di bidang pelajaran
berjimat untuk kejayaan
mencapai kegemilangan hasrat
1 Malaysia diutamakan

kesempurnaan sebenarnya
kini hanya ada
di Bank Komuniti anda
di Bank Simpanan Nasional ini.

Karya: A. Ghafar Bahari ( Gopa )
13.10.2011.

Puisi Khas buat Bank Simpanan Nasional.
Kalender BSN 2012