Monday, February 22, 2010

TARI HUJAN

4 comments:

setiakasih said...

so sweet....

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

terima kasih

setiakasih said...

...Gadis itu pakai gaun panjang...

Saya suka illustrasinya...
Rasa ingin menari sama.


tahukah kau
di mataku
garisan tebal nipis itu
melonglai jiwa
mengkhayal
dan aku terpukau

mendepa tangan
ingin dirangkul alam
ingin memiliki segalanya
di alam pemikiran

mata rapat tertutup
bibir merapat senyum
pada diri
melenggok
melayang
melayah
di alam mimpi

terdamparlah antara
langit dan bumi
realiti dan fantasi
dalam puisi
dalam lakaran
terbentanglah emosi
letusan api rasa
berlaharkan garisan dan diksi.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Setiakasih
dialah gadis itu
yang bersamaku
menimbulkan segala indah
kamulah itu yang lembut dan sopan
menarikku kealam mimpimu
yang kudambakan
setiap detik waktu

hingga tariku
terikut akan lembut rentakmu
kau telah bertahta dalam sukmaku
dan hujan meraikan
gandingan ini.