Tuesday, February 02, 2010

KEKASIHKU INILAH AKU SEBENARNYA

Tidak mengapalah
meskipun makhkota itu
bukan untukku
aku tidak mengharapkannya
siapalah aku

aku akan teruskan perjalanan ini
meniti danau hijau luas
melihat embun pagi membasah
sambil melapangkan dadaku
bila angin
bertiup lembut

aku masih melhat kamu
dengan segala indahnya
kau yang tercantik
hati dan budi

kerana kecantikkan itulah
aku hanya akan memandang mu dari jauh
dan bukan untuk di miliki
jauh sama sekali
mengharapkan apa apa pun

kerana aku
tidak layak pun untuk bermimpi
apa lagi mengharapkan
seorang bidadari
turun ke bumi

aku tidak mungkin
akan membahagiakan
kerana hidupku
penuh dengan segala cabaran
pun aku sering terkepung
oleh sakitku sentiasa

dan aku pun tidak ingin
kau berkongsi duka itu
tidak ingin kucalarkan indahmu
kerana kau cukup sempurna
kaulah kekasih
kerinduanku

jika pedang ini telah kugenggam
aku harus bingkas berdiri
aku tidak peduli lagi
sejarah silam
makhluk apa pun yang melintas
pastiku pangkas.

3 comments:

abuyon said...

salam pak gopa,

Genggamlah pedang malam,
ia sangat makbul!

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...
This comment has been removed by the author.
ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Salam kembali Abuyon. Saya bawa pedang cahaya.