Thursday, February 18, 2010

SG. CONGKAK SELANGOR

2 comments:

setiakasih said...

sungai yang mengalirkan cinta
penuh dengan segala hidupan
ikan-ikan dan rumpair gemalai
menari dengan rentak arus
tanpa henti mengalunkan harapan untuk hidup

sungai yang mengalirkan rindu
jernih airnya hingga dasarnya
bisa kalu lihat
polos sebening ungkapan rasa
yang diungkap tanpa gagap
spontan dari lubuk hati yang paling dalam

sungai yang mengalirkan kesetiaan
deras hujan di hulu menghantar dahan-dahan patah
dek taufan cemburu
menghentam tebingnya tanpa henti
melukakan tiap jurusan azalinya
tetapi juga sungai itu bertahan
-dugaan.

sungai yang mengalirkan rasa
adalah anugerah terindah dalam kehidupan.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Setiakasih
Indah sekali puisimu
menyelam ke dasar lubuk hatiku
walaupun hanya sebuah lukisan
hitam putih kehidupan
tapi kau cukup mengerti
rahsia alam yang tersembunyi.