Tuesday, January 12, 2010

KEKASIHKU CINTA LUKA

Setelah kau tiada
kemana harus aku pergi
bagaimana harus aku hidup
tanpa dirimu
roboh mahligai harapanku
runtuhlah dinding- dinding
sekelip mata

kemana kau pergi
tanpa cintaku
tanpa perasaan
pernah suatu waktu
kita pertahankan

tiada cinta lain didunia ini
selain cintamu kekasihku
kemana harus aku lari
wajahmu terlukis dimana mana
senyumanmu tidak dapat kulupa
hanya kesedihan penganti sepi
penghias sunyi

sampainya hatimu
tega nian meninggalkan aku
hilang bersama kisah kisah indah kita
sungguh tidak kusangka
terputus cinta
musnahlah semuanya.

*Puisi buat anakanda Cahaya Kekasih yang tabah.

7 comments:

setiakasih said...

bertanya kepada angin lalu
ke mana perginya senyumanku yang pernah dulu
tersemat di dada langit nan biru

bertanya kepada camar yang singgah
ke mana hilangnya jejakku di tanah
mohon ia telusuri
lewat benua yang dilayahi

dan termangguku
di dada waktu
melihat detik yang berlalu
kusalin atas baldu hati
bersulamkan bebenang harap
apa benarkah senyumku
penghias sepimu?

hanya mampu
kutitipkan desah hasratku
bersama rasa yang tersisa
jadi momen terindah

dan saat aku
menyedari terbitnya fajar cintamu
aku telah tekad
melipat layar
berpatah arah.

Cahaya Kekasih said...

abah!!! bila buat ni??? huhu...cam kena kat q je..

GHAFAR BAHARI said...

Kesunyian ini sering membuat akal fikirku melayang tanpa arah tujuan
mencari mu entah dimana mana.
Namun hasrat itu tidak pernah luntur dari hati.Dan aku mula merasa kehilangan sesuatu.sesuatu itu hanya lah kamu.

GHAFAR BAHARI said...

puisi ini abah tulis petang tadi . Puisi ini tercipta dari ilham sebuah lagu hindustan yang abah dengar petang tadi Chalte chalte.abah ubah suaikan kerana lagu itu sangat menyenyuh hati abah.Tapi senikatanya lebih kurang sama lah dengan maksud puisi abah ni.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku,
ketahuilah hasrat itu sebenarnya tidak pernah berubah,harapan itu hanya tertumpu padamu,janganlah dirisaukan.
Puisi ini hanyalah ilham dari sebuah lagu, kebetulan anakanda cahaya kekasih pun telah terputus hubungan dengan temannya petang semalam kesian dia.

GHAFAR BAHARI said...

Puisi ini ditujukan khas buat anakanda Cahaya.Jangan sedih.masa masih panjang dan usia anakanda pun masih muda, segalanya telah ditentukan bersabarlah.

Cahaya Kekasih said...

abah ni.....q da janji pd diri q xnak cry lagi arini....tapi sebak lak baca komen abah...tq....