Saturday, January 30, 2010

MERAWAT KASIH

Kususuli
pantai resah ini
mengutip kulit- kulit siput sejarah
kenangan kita

kuhamparkan kerudung biru
dilangit sepimu
akan ku selimuti tidurmu
dengan persalinan hijau
cahaya dari syurga

tidurlah dengan damai
di taman puisiku
tidurlah dalam warna
indah lukisanku

akan ku lagukan puisi rindu
akan kutiup pergi semua sakit
keluar dari ubun ubunmu
tertanam jauh ke perut bumi

mimpikanlah taman taman firdausi
berbungakan cinta
mimpikanlah yang indah-indah sahaja
tulus tentang kita.

4 comments:

setiakasih said...

Salam Gopa,
alangkah indahnya puisi kita dibaca bergandingan...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

salam setiakasih,
ye la itu yang saya fikirkan juga.

Riesna Zasly said...

leraikan bait-bait masa
buat pelerai duka cinta...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Riesna
meredah waktu
sendirian
terkumpul
menjadi
puisi cinta
untuk dikenangkan