Sunday, January 17, 2010

LUKISAN DARI HATI

Sebuah lukisan telah kusiapkan
telah kulukiskan dengan hatiku
dengan segala kesakitan
saban malam dan waktu
telah tertumpu padanya
imaginasi mimpiku
lanskap sebuah sungai
yang mengalir padanya cinta
begitu cantik dan indah

sayang sekali lukisan ini
harus dimiliki oleh orang yang lain
walau pun dia telah membelinya
tetapi lukisanku ini harus pergi dariku
dan aku mungkin
tidak akan dapat melihatnya semula
dan mungkin juga untuk selamanya

selepas ini
lukisan dari hatiku
mungkin tidak seindah ini lagi.

19 comments:

setiakasih said...

o hati
yang menepi padanya adalah cinta
yang mengandung dalamnya rasa
yang tercoret padahnya kata
yang terlukis padanya mimpi

o hati
yang mengalir padanya rindu
yang mendarah uratnya kenangan
yang terukir padanya harapan
yang berwarna padanya keindahan

o hati
yang menggugah curahannya dari tinta
yang melakar garis halus teliti risikan
yang menyimpan hasrat murni pertalian
yang melempar pandang ke lanskap kosong
di situ sungainya dipagari orang

o hati
o jiwa
o kasih
o setia
o bisanya!

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku
sedih hatiku malam ini
aku pun tidak tahu kenapa
mungkin juga aku takut kehilangan dirimu
kerana aku menyintaimu.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku,
yang tertulis padanya
kata kata indah
kau selamanya dihatiku
walau apapun yang terjadi

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku
malam ini dapat kusiapkan sebuah lukisan sungai.Sambil sambil tulis sajak.

setiakasih said...

kamu melukis lagi...
malam malam begini...
berehatlah...
mimpikan yang indah-indah.

mohon lukisan itu dipamerkan ke laman ini,
aku ingin nikmati dan merasai jiwamu
lewat getaran garisan yang terjalin
jadi satu keindahan
sungai yang bernama impian
dan cinta yang tidak kesampaian...
(mungkin)

GHAFAR BAHARI said...

Sungai itu kulukiskan tentang indahnya cinta kita. Nanti akan ku pamerkan di sini.

GHAFAR BAHARI said...

saya juga mohon beberapa puisi Setia kasih akan saya salurkan ke Editor majalah yang sedang saya tangani grafiknya iaitu majalah Dewan sastera terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

GHAFAR BAHARI said...

InsyaAllah,kita cubalah kalau ada peluang.
Saya akan jumpa editornya minta disiarkan.

abuyon said...

salam pak,

Puisi setiakasih saja .. puisi
saya macamana?

Hehe

setiakasih said...

Salam GOPA,
mmm... terharu mendengarnya.
Puisi saya layak ke dada majalah?

Alhamdulillah...
mmm... bantuan yang amat menyenangkan. Terharu saya.

Moga terpilih hendaknya. Amin.

GHAFAR BAHARI said...

Sdr. Abuyon pun boleh, hantar pada email saya:
gopabahari@yahoo.com.
Hantar dalam lebih kurang 7-8 buah sajak dulu pada saya.
Juga perlu maklumat peribadi untuk urusan bayaran kalau sudah tersiar.
- Nama ikut Ic
- No. Ic
No. talion saya: 017 3529729.

GHAFAR BAHARI said...

dan alamat untuk pos ceknya nanti

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
Cahaya Kekasih said...

wah2.....sajak q xde pun abah nak anta..huhu.....

jgn lupa call q arini k...

GHAFAR BAHARI said...

ok

setiakasih said...

Salam GOPA,

kamu mohon beberapa puisiku bukan?
aku kurang pasti bagaimana mahu memilihnya...?
masih tidak yakin aku terhadap keutuhan persoalan dalam puisiku...

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih,
Izinkan saya memilih dulu bebeerapa puisi yang saya rasa agak sesuai.

abuyon said...

salam pak,

Sudah saya emelkan sajak-sajak
saya. Harap sudi membaca.

Moga-moga beroleh rasa,
sejuta terima kasih
saya ucapkan

GHAFAR BAHARI said...

Salam Abuyon saya akan hantar segera.