Tuesday, January 26, 2010

DI MANA HARUS AKU LUKISKAN

haruskah aku bersuara
harus kah lagi aku bertanya
patutkah aku mencelah
puisi indahmu untuk siapa
pada malam yang hitam
yang sering membungkus
deritaku sendirian
dalam kesamaran

hanya lagu luka
kini menjadi teman
dan aku tidak betah
menyanyikan nya lagi
kerana gusar hati ini
lidahku mula terkunci

hanya kesedihan ini
sentiasa kurasakan pedihnya
menitiskan sarat rinduku
tidak karuan

kekasih
di dinding mana
harus aku lukiskan
rasa indah hati ini.

3 comments:

setiakasih said...

mengapa harus keliru
pada birunya langit
pada hijaunya gunung
pada halusnya rasa
pada cintanya seni
dalam penghujahan puisi

mengapa harus sangsi
dengan kata hati
insan sehebat tuan
manikam hati benih penyair jalanan
yang seminya belum tahu menjadi

puisiku luapan rasa
keseniannya tiada maknanya
tiada setara tuan hamba
yang tertib susun bicara

diam hanya buat hati resah
diam hanya buat hati benci
diam hanya buat hati sengsara
diam hanya buat jiwa mati

katakanlah kepadaku
mentera semangat seperti selalu
kerana akulah yang dahulu keliru
kerana akulah yang dahulu silap
melangkah ke luar ligaku
melutut kepada kamu
yang memainkan kecapi rindu
hingga terpana aku

wahai tuan
andai ini kesudahan
sungguh telah aku merasa kehilangan
kamu yang akan berpergian
jauh daripadaku
sisih puisi laraku

maafkan aku
andai aku punca kesakitanmu
tiada aku sedar itu
segalanya cuma atas kecintaanku
pada madah puisi sendu
terapi jiwaku
yang menjauhi fitrah sebenarku
mendasari rindu
kepada yang bukan hakku.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.