Monday, January 11, 2010

KEKASIHKU BETAPA INDAHNYA DIA

Malam ini pun kembali sunyi
mendakapku
lalu memujukku
dengan kata kata indah
biar pun kehidupan sama hitamnya
dengan diriku
bukankah segalanya
telah dibersihkan
sehingga dirimu
sentiasa tenteram
tenang dan sabar
terimalah apa saja
yang telah ditentukan untukmu

apakah yang kau sedihkan kekasihku
biarpun semua mereka menghinamu
mencalarkan hatimu
mentertawakanmu dengan segala
timbunan derita yang ada
mereka sebenarnya sudah lupa terleka
cintakan keindahan dunia didepan mata
dan bukan pada kekasih yang kekal abadi

beruntunglah pada mereka mereka yang telah
dibukakan khashaf matahatinya
sehingga dapat melihat tanda tanda kebesaran itu
betapa indahnya Dia.

7 comments:

setiakasih said...

mengkhatam segenap bait puisi yang kau coret
terus terpahat di relung hati
kata-kata kudus memelukku dengan warna-warna jiwa yang
marak dengan kasih
dengan pasrah

kesedihanku buat aku jadi tabah
semakin mereka memukulku
semakin itu aku akan bangun gagah
walau mata berderai merah
walau tercalar lusuh batinku patah
bukan makna aku senang menyerah

indahnya kekasihmu
melerai resah
gelak tawa aku ikat sudah
jadi jimat
jadi semangat
makanya yang pahit itukan ubat!

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Setiakasihku,
aku pun tidak tahu apa yang aku ucapkan, aku harap ianya khas buat dirimu dari kekasihku.

abuyon said...

salam pak,

Hmm .. sungguh romantis nada
puisi pak gopa dua tiga menjak
ini

Tidak dapat tidak, hati ini
merasai sesuatu yang
diselubungi misteri :)

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

gopabahariMungkin kerana saya juga diselubungi kesusahan, banyak orang kata kalau waktu susah begini banyak idea yang datang.Mungkin juga ada sesuatu yang bakal berlaku.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Burung burung berterbangan
rusuh hatiku di pantai kasih
menanti malam

Riesna Zasly said...

ratapan buat kekasih nan ibdah sekali..

syahdu dan damai

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Terima kasih Riesna Zasly salam dari saya.