Wednesday, January 13, 2010

SETIAKASIHKU HARAPANKU

Setiakasihku,
kurenangi lautan harapan ini
ke pulau indahmu
ku pasti kau masih setia
menunggu ku disana
ku susuli pantai putihmu
dengan ketulusan hati
tanpa curiga
dan aku tetap menerima kehadiranmu seadanya
dari landasan yang telah ditentukan buatku
kepadamu kekasihku

Setiakasihku,
aku akan terus merindui senyummu
buat menghiasi daerah sunyi hatiku
dengan harapan terus berbunga
ingin ku jalani hari hari yang tersisa
dengan sebaiknya
bagai yang kita impikan
untuk selamanya

Setiakasihku,
disini didaerah perkasihan ini
sentiasa mengharapkan kehadiranmu
dan disini sebagai tanda kasihku
ingin kusandarkan diriku kebahumu
aku sudah terlalu penat
dilambung ombak cabaran
mengganas di lautan

dengarkanlah betapa derasnya
degup jantungku.

10 comments:

Riesna Zasly said...

aduh...

'rindu berat' ala camelia malek
hehe

nice uncle
syahdu menghayatinya

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Memangla berat.Apa dibuat serba tak kena.

setiakasih said...

lambai rindu
hapus ragu
jelas aku
bukan kekasih

getar nafas
ucap maaf
sayang
tiada balas

pulau
tandus cinta
di lautan
tenggelam
hasrat.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Keliru aku akan jawapan mu
tapi apa pun keputusanmu
aku tidak sedikit pun berkecil hati.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Mengapa Setiakasih berbicara begitu
apakah yang telah berlaku
mungkin ada yang keliru
tiba tiba berpatah arah
sedang aku rindu menanti.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Inikah akhirnya
keliru aku
kerana kaulah
sebenarnya kekasihku

menanti penuh harapan
inikah jawapanmu
aku tersingkir jauh

Kusemai benih cinta
di sudut hatiku
tapi engkau tidak percaya
hanyutlah aku di laut sepi
membawa diri
begitu hina,

setiakasih said...

lihatlah pergunungan harapan
melandai kasih ke dataran hijau
hijau adalah selimut cinta penuh ketenangan
aku ada di situ
damsel
mendapa tangan
rindu.

Cahaya Kekasih said...

ape kes ni....adeh.....

setiakasih said...

CK: :)

Cahaya Kekasih said...

jgn bnyk sgt melalut....lain jadinye nanti..