Sunday, January 10, 2010

WAJAH SESEGAR PAGI

Sebenarnya hari ini
mimpi indahku baru bersuara
kau datang bersama keemasan mentari pagi
bersama kembang bunga ungu
langit biru
dan gebar kepak kumbang bernyanyi

kau bawakan sekuntum senyum paling indah
sehingga aku rasakan diriku
terapung di awanan
terbaring di kebunan hijau taman
tersenyum sendiri

dia dihatiku, selamanya dihatiku
menjahit rindu kuntum harum cinta Ilahi
dengan kesakitan yang begitu menyiksakan
seribu duri terpacak di dada

Aku sebenarnya sendirian
di daerah jauh laut hilang
menantimu menggelepar
begitu lama terbiar
dalam gelap dan lapar.

2 comments:

setiakasih said...

Salam... Seingat aku,
aku pernah membalas puisimu ini...

'biru di atas merah
meresap jadi unggu
dan emas itu bersandar yakin di tengahnya
puas kerana cinta
pawana alam
bersaksikan mergastua.'

GHAFAR BAHARI said...

ya puisi ini tuliskan semula di sini, puisi itu telah diasingkan keluar dari blog ini kerana dulunya ia tertulis pada sekeping gambar yang diambil dari internet.lagi pun saya suka sangat sajak ini bersesuaian dengan waktunya gambaran bahagia atas kehadiranmu serta kesakitan yang sentiasa kurelakan.