Sunday, January 31, 2010

KEKASIHKU SIMPANLAH RAHSIA INI

Ketenangan ini sebenarnya
hanyalah tangisanku
ketika segala dosa ini
ingin kuceritakan
dari serba kekuranganku
kesakitanku
semoga diampunkan
walau pun tidak tertuliskan
banyaknya

ketenangan ini
hanyalah suatu penyerahan
rahsia rahsia kejahilanku
kekalutan kepayahan
dalam pencarian
yang pernah kulalui
dalam sarat dunia
yang penuh dugaan
kau juga yang
menyelamatkan
memberiku rezeki

kuakui silapku
hanyalah dari kelemahan diriku
sebagai manusia
sentiasa kalah dan pelupa
aku sentiasa lupa padamu

kami hanya ingin menyintaimu
mendampingimu
merinduimu sentiasa
dan pasrah atas segala ketentuan
terhadap kami

pimpinlah kami
ke jalan yang benar
hanya engkau yang lebih tahu
siapa yang sepatutnya
berada diatas landasan itu

simpanlah rahsia ini
semua aib kami
di suatu tempat paling rahsia.

4 comments:

setiakasih said...

Amin Amin Ya Robbal 'alamin.


Syahdu doamu sang pujangga setia
kepada kekasihmu kau sungguh setia
doanya pasti dipanjatkan segera
ke alam syurga
lepas dari noda dunia

aku aminkan doamu
moga Dia menerimanya
penyerahanmu
tiadakan sia-sia
selagimana kau
hambaNya
sedar keterbatasan
tingkah dunia
membersih luka
membuang nista

Dialah Maha Punca
Pengubat sakitmu
dalam diam
dalam sedar
tika sujudmu.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

setiakasih
Dia termetri diingatanku
dalam apa jua keadaan.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...
This comment has been removed by the author.
ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Kekasihku
Semoga di perkenankan.