Sunday, January 31, 2010

SELAMAT HARI LAHIR CAHAYA KEKASIH



Selamat hari lahir Ke 23
buat puteriku Cahaya Kekasih

Seorang anak berwajah ceria
sepi hidupnya tanpa seorang ayah
hanya ibu tempat mengadu
pun begitu musibah datang tidak hentinya
dia dirempuh kenderaan sesak dijalanan
hingga membawa sakitnya berterusan

kutemui dia dalam tangis sendu
mengharap pertolongan
dipermainkan orang yang
mahu mengkianati dia
sehingga sekian lama
akhirnya segala masaalah pun reda
dia mula berguru
melukis dan menulis padaku
sehingga dia memanggilku
sebagai seorang ayah
dia juga anak
kepada semua karyawan

meskipun begitu lahirnya
meskipun jauh
dialah sebutir bintang hatiku
yang menyinari maya
yang bakal menerangi
persada seni negara

meskipun begitu adanya
dialah cahaya kekasih
disayangi semua mereka
dilahirkan penuh
dengan cahaya
penuh dengan
segala kurniaanNya.

3 comments:

setiakasih said...

Salam...

Selamat Hari Lahir CK
drpd: SK

Cahaya Kekasih said...

setia kasih: tq...

abah: heheh....moga2 makbul doa abah tu

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

InsaAllah
rajin rajinlah puteriku
berusaha.