Ya Ilahi.
alangkah sakitnya
luka ini
aku tidak tertahan lagi
alangkah pedihnya
dadaku disiang siang
ampunilah aku
aku sudah mencuba
tetapi tersingkir juga
alangkah sakitnya
tapi telah kurelakan semua
kesakitan ini terhadapku
walau pun dia pergi
walau pun aku terbuang
Ya Ilahi
alangkah bisanya
tusukan pisau cintaMu ini.
10 comments:
o kasih
kebahkan kesakitanmu
bacalah ayat-ayat cintaku
o kasih
benarkah sebegitu kuat rindumu
mendambakan aku?
o kasih
pujuk hatimu
aku akan senantiasa di sampingmu
merawat bisanya
belati jiwa
o kasih
andai kau pergi juga
aku rela
doakan kamu
bahagia di sisiNya
setiakasihku,
ayat ayat cintamu
mengubat lukaku
kekasihku Setiakasih,
aku akan terus merinduimu
walaupun kita tidak dapat berjumpa.
walaupun jauh dari mata
kaulah ratu hatiku
selamanya kutunggu.
tersipu
melirik
di balik pohon cinta
tika bulan mulai gerhana
bayangmu
menjadi selimut mimpiku
malam ini
hadirlah
walau sedetik cuma
aku telah jatuh cinta
lewat kata
tenggelam
aku tenggelam
namun bukan lemas
bukan sesak
bukan mabuk kepayang
di lautan romansa
setiakasihku,
malam ini aku sedia menemani mimpimu dalam pelukan cintaku
duhai teruna
mutiara hati
mengiasi malamku
hangat sekali
bumi dilindungi sutera kelabu
bukan kerana hadirnya mentari
bersaing mereka membukti
hebat cinta
terbawakan gerhana
sementara...
menyalut dingin
dataran hati yang resah mendesah
rindu yang tertunda
bagai sudah bermusim
terlangsai hanya pabila tiba
waktu gerhana
malam-malam
sebegini
sungguh asing
jika tanpa kamu
berbisik rindu,
mutiara hatiku.
Dhai juwita ratu hatiku
tidurlah kekasihku
dalam pelukan rindu
dimalam gerhana bertaut kasih
hati meronta ingin terus berjumpa
salam kasih diangin lalu
setiap detik teringat padamu.
Lewat malam aku berjaga
wajahmu sayang datang menjelma
kemana resah hendak di bawa
fikiran melayang merata rata.
salam pak Gopa,
Ratu hatiku itu tajuk
sajak saya kan?
:)
Abuyon
betula tu.mungkin sering ke laman Abuyon melekat perkataan tu di fikiran saya.
Post a Comment