Thursday, June 05, 2008

SAKITKU

Tiba- tiba aku dilahirkan
dengan sakit yang menghempas- hempas
dengan nafas yang tersekat sekat
lahirku dari mulut tercungap
tapi kau tidak percaya

bahawa kelahiranku ini
adalah keranuman terpanjang
terpendam dibawah akar tunjang
kubelah separuh diriku
untuk disaksikan
aku tidak gentar akan mata pisau
yang menikam- nikam pilu

dadaku telah bersarang dan berlubang
urat- uratku telah terbelit oleh sakit
tiba- tiba kau tinggalkan
aku sendirian dan tua
disisi pembunuhan paling ngeri.

Petikan dari kumpulan puisi Bunga- bunga Rumput.

No comments: