Aku melihat lukisan di dinding
ada cerita di dalam warnanya
abadi buat kenangan
ia hanyalah sebuah taman
tiada kau ku lukiskan
hanya bangku
kerana ia menjadi rahsia tersimpan
hanya aku yang tahu
ketika itu
mentari condong cahaya
bayang- bayangmu memanjang
singgah ditubuhku
terlena
ketika aku melukiskan lukisan ini
kau di bangku itu jauh
aku di rumput ini asyik
membancuh cinta
di dalam tasik.
No comments:
Post a Comment