Wednesday, December 02, 2009

POHON MENANTI

Pada setiap pagi
aku menunggu berita darimu
seperti selalunya
aku terus menanti
telefon bernyanyi

tapi hari ini
segalanya sunyi
sehingga angin petang
bertiup kencang
menerbangkan dedaunan
bertebaran kekuningan
juga meninggalkan aku
sendirian
termangu sepi

di bawah pohon rindumu
resah bertanya arah
kemana.

7 comments:

Cahaya Kekasih said...

talipon..talipon berbunyi....talipon...kami datang....ada haiwan dalam bahaya...ada haiwan dalam bahaya...di sana...

huhu..tu lagu wonderpets!

Cahaya Kekasih said...

bah....eje telefon dan termangu tu silap..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

ok. di tanggung beres.

setiakasih said...

lihatlah ke padang yang luas
gemalai bunga lalang ditiup kencang
sang taufan
kukuh ia di situ walau ternyata
merunduk
mengakrab bumi
tapi tidak pernah serah kalah.

begitu juang rasaku
melawan perang sepi
yang cuba menguasai
alam
tika mana
kamu
tiada.

kabar rindu
pasti kukirim
lewat bisik hujan gerimis
bertandukan awan harapan
sabarlah mananti
aku akan kembali.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

pergh..chayok chayok, indahnya puisi setia kasih.
Terharu hati membacanya. Teruslah menulis.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Ku nyanyikan puisi ini
buat dirimu pengubat sunyi
dibawah langit dan hujan
kita payungi rindu ini bersama
di taman -taman indah
dikepung kembangnya bunga

biarkan petir yang berdentum
juga kilat yang melancarkan panah berapi

sebentar ...
aku ingin melamarmu
di padang hijau lantai rimput ini..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Tanpa syarat dan kata-kata.