Tuesday, December 22, 2009

HARGA SEBUAH CINTA

Dapat kah aku melukis wajahmu
seindah dulu
kau tidak lagi pernah tersenyum
melihat putih awan
melihat hijau daunan
kuning indah bunga ditaman
dapatkah aku menadah
menakungi beban derita itu
kerana airmata mu
tidak pernah henti tumpah
membanjiri gerimis senja merah ini
terluka panjang
melarut ke hitam malam
tanpa bulan bintang bintang
menyinari kelam


bagaimana dapat aku mengerti
sekeping hati yang tertutup
rapat semua pintu pintu peribadi
dapatkah aku hidup
bernyanyi sendiri
tanpa irama
dan kau menanggis
untuk siapa

salahkah aku bertanya
berapa harganya
untuk membeli sebuah cinta
jualkan lah rindumu juga
sekarang.

9 comments:

setiakasih said...

dapatkah aku menyalin lukamu
menterjemahkannya dalam bait kata
agar kepedihan itu larut bersama tinta
dan tertanam dalam warkah kepada langit
yang bisa aku bakar
dan kumohon asapnya naik ke angkasa
terus hilang begitu sahaja
bersama siksa yang telah
berhijrah...
moga.

Cahaya Kekasih said...

hmm :(

saniza said...

Salam .......

Cinta di bayar cinta

rindu di bayar rindu

Mungkin kah ?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Kesedihan dan luka ini
kembali kedalam sunyi
sunyi yang begitu damai
tenteram
kembali kedalam pelukan
rindu kekasih
dingin malam
harum bunga
kekasih

ah.. aku ingin menanggis
sepuas puasnya
terharu

alangkah indahnya
pakaian yang dihadiahkan itu
merah menyala.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Alangkah indahnya
kalau kita semua dapat melihat
pada setiap derita kesakitan
ditukarnya pula pada seribu keampunan
ditukarnya pula kepada jiwa yang tenang
sehingga kita pun terkedu diam.

a w a n said...

Lama tak dengar kabar..

Terima kasih kerana buat saya tersenyum baca puisi ni.



* Awan

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Alhamdullilah, salam buat Awan.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...
This comment has been removed by the author.
ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Terima kasih Setia kasih kerana puisi yang puitis diiring simpati.
salam kembali buat Saniza kerana puisi pendek tapi mengundang akal panjang untuk menangkap maksudnya.