Sunday, December 06, 2009

CINTA PUTIH

Minta maaflah
jika kau masih percaya
masih ada cinta suci di sini
diakhir zaman ini
mimpi disiang hari
mana mungkin
kejujuran
keikhlasan
ketulusan
cinta putih bersih
dan lupakanlah
hasrat yang tinggi mengunung itu
seketika
dan berfikirlah sepantasnya
sekarang
sebelum terlambat

wajahnya yang tampan
anak hartawan
kesenangan kemewahan
sebenarnya bukan kayu pengukur
tidak lagi menjanjikan bahagia
tinggal kekal sesat
untuk selamanya tertipu
jejaka idaman yang kau impikan
hanyalah permainan
di pentas lakonan
dan dia bukanlah sebenarnya
seorang pemalu

ketawalah hari ini
sepuas puasnya
sehingga waktu terhenti
kau sendiri akan tahu
bahawa indah dulu
tidak akan mundur kembali
kebelakang
semakin serba salah
sehingga jelas
topeng topeng kepalsuan
rupa rupanya diluar dugaan
mat rempit
peragut penipu
penagih dadah
kepala samseng
pembikin rasuah
perompak penjenayah
terpulanglah
Jika itu yang kau cari
itulah yang kau dapat

pedulikan
kata hati
menyedapkan rasa
kau paling cantik
paling istimewa
dia lelaki setia
sanggup berkorban
jiwa dan raga
kerana cinta
tapi sekarang
siapa bela siapa
siapa jaga siapa

inikah cinta suci
ketika belum dimiliki
harga diri tidak lagi bermakna
berkepit sini dan sana
dengan penuh bergaya
kau hanya layak
dijadikan umpan
semata mata
dihati dia
alangkah mudahnya
kau ditipu
hidup- hidup
mentah- mentah

sungguh tidak disangka sangka
cinta dia selama ini
mati mati
sepenuh-penuh kau percaya
hanyut
disini hari ini
bercerminlah
cinta siapa
seharusnya kau cari
bertaut teguh
selamanya dihati.

8 comments:

Cahaya Kekasih said...

panjangnye...........................

utk sape ni bah?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

untuk semua anak remaja, mesti berhati hati memilih pasangan hidup. siasat dulu latar belakang pasangan hidup jangan mudah percaya dengan janji janji manis, nanti kesal tidak berguna lagi.

Cahaya Kekasih said...

q pun termasuk la ni..huhuhu

Cahaya Kekasih said...

tapi bukan semua remaja je yg mudah percaya dgn janji manis tu....org deaasa n org tua pun same je...huhu

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

orang dewasa lain cerita la sebab sudah melalui pengalaman pengalaman yang tak munkin di undur lagi cuma orang mudalah yang harus ambil iktibar dan jadikan panduan jangan mudah percaya dengan melihat dari luaran saja.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Gejala sosial hari ini berlaku lebih teruk dari zaman abah dulu. Itu yang membuat abah jadi semakin risau.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Puisi ini hanya sekadar nasihat tidak di tujukan kepada sesiapa, ia sekadar nasihat dari pemerhatian abah pada beberapa peristiwa yang pernah berlaku pada kawan kawan abah saja.

Cahaya Kekasih said...

yes, sir!!!