Tuesday, December 08, 2009

DIKUPAS DERITA

Petang teduh
sugul gelisah
mengintai perlahan
meyeringai taring taring tajam
mencari mangsa
aku mahu dibahamnya
ketika tubuh ini
kewalahan
melawan sendiri
apakan daya
hanya aku kini
digemari derita
bertunda menerkam
keliling

hanya padaMu
limpahan kasih penuh
tempat merayu
harapan terakhir
selamanya kutunggu
yang bakal meleraikan kusut
terbelit dibenak ini
begitu sarat yang datang
tenggelam akhirnya
terkepong diantara kerikil tajam
terhimpit dalam timbunan
batu batu hitam

ingin ku ceritakan sakitku
tapi kau jua yang lebih tahu
betapa berat bebanan ini
terpikul dibahu
dari kemampuan upaya
tidak seberapa

tolonglah aku kekasih
ringankan lah sedikit
sakit ini
diriku sudah lama hancur
dikupas derita
dicincang sengsara.

7 comments:

abuyon said...

Dicengkam derita ..

Gadis kecil itu telah bertahun ..
dicengkam derita

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

ih ih kebetulan, baru ingat.ingat dah nak tukar pada di kupas derita,tapi tak berapa kena sebab diri dah hancur, Arwah Zubir Ali kawan baik saya kami satu guru belajar agama.termasuk Aishah penyanyi `lagu janji manis mu`.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Ok tukar je la tajuk tu , terima kasih Abuyon kerana mengingatkan hal tu. saya tak perasan pun.

setiakasih said...

Salam kenal...

o kekasih
sandarkan kepalamu
ke bahuku
luahkan
desah peritmu

akanku hembus
ubun-ubunmu
dengan kata-kata rayu
moga resahmu
lenyap bersama
angin lalu

o kekasihku
basuhilah anggotamu
sedia jemaah
tunduk kepadaNya
panjatkan doamu
aku aminkan bersama

lingkung gelisah
akan terlerai
dari kusut benak sarat
pabila kita
kembali yakin
kepadaNya.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Salam kembali buat Setiakasih, terima kasih kerana sudi Add saya kat blog anda dan selamat datang.
Begitulah adanya kita akan teruskan perjalanan ini
walau apa pun terjadi.

setiakasih said...

Salam kenal,
Saya juga menghargainya. Mohon tunjuk ajar saya yang baru bertunas.
Sama-sama kasih. :)

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Malu saya di angkat tinggi, sama sama lah kita duduk dibawah menulis dilantai sastera ini, lebih selesa dan indah.