Saturday, October 24, 2009

PADA CINTA PERTAMA

Seandainya tertutup kalam
tenggelam pada segala keasyikan
ketakjuban
tidak perlu bercerita lagi
terjunlah kedalam hakikat
kenalilah diri
sebenar benar diri
itupun yang kau cari
merataplah
bergulinglah
merayulah
bernyanyilah
penuhkanlah ia
puji dan puja
hiasilah dirimu
secantik cantiknya
sewangi wanginya

kau dalam pelukan cinta
cahaya di dalam cahaya
cahaya yang selama ini
menjadi rahsia
kembali kepada rindu mula
rindu pada cinta yang pertama.

30 comments:

Cahaya Kekasih said...

bah......betulkan balik ejaan beberapa perkataan tu...hehe

mamamin said...

puitis..

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih anakanda dan mamamin

Dhamah Syifflah said...

pada cinta itu...
ku tenggelam...
ku selam...
mencari dimana pertemuan...
mendakap cinta pertama...
dalam kalamNya...

pada rindu itu...
ku sepi...
ku menanti...
mencari dimana perakhiran...
mendakap rindu pertama...
dalam kalimahNya...

pada cinta...
pada rindu...
bisakah mengapai...
bisakah mengait...
cahaya yang tiada...
pada diri ku...
tapi ada pada diriNya...

siapa aku...
menanti cintaNya...
siapa Dia...
sentiasa ku rindu...

GHAFAR BAHARI said...

Gilaplah hatimu dengan zikir yang biasa dan segala puji akan berkejaranlah deru cinta di urat nadi,akan terpancarlah cahaya dari hatimu
sehingga akan terbukalah khashaf matahati
untuk melihat sedikit sebanyak kebesaran rahsia Ilahi yang tersembunyi. Inshaallah dan banyakkan lah berdoa dan mengingatinya dimana saja berada. Cinta ada anugerah dari Ilahi jadi berhati hatilah mengawalnya kerana ia terlalu berat dan tersangatlah hebat. Beramallah sehingga menyebut namanya pun kamu akan menanggis.

Dhamah Syifflah said...

Bagaimana bisa ku mendapatkan...
Terlalu jauh...
Mendaki-dakinya...
Jatuh kebawah akhirnya...
Dia menolak ku...
Bukan Dia tapi Dia...

Mengarah aku kebawah...
Agar mendapat cintaNya...
Aku mengorek...
Aku menggali...
Hampa tidak jumpa...
Hanya melihat awan...
Dibalik tanah gersang...

Kau telah menemui...
Izinkan aku mendampingi...
Supaya bisa aku berjumpa...
setelah sekian lama...
Tidak bersua...

Aku rindu menatap...
MataNya...
Bukan mata itu...
Tapi mata itu...

GHAFAR BAHARI said...

Saya andaikan diri ini
kerdil lagi jahil
saya andaikan masih berguru pada yang tahu
dari sekadar pengalaman boleh lah dibukakan jalan
perlahan lahan.

GHAFAR BAHARI said...

Dipilih orang tak kira pangkat
didalam diri sangatlah dekat
Dialah guru segala guru
diberinya pengalaman tak kira tempat.
Diwaktu sujud sangatlah rapat.

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
Dhamah Syifflah said...

bagaimana aku bisa mengerti...
maksud tersiratmu itu...
tunjukkan jalan...
agar terang...

mengapa engkau berkata jahil...
sedangkan kau mengetahui...
apa itu jahil...
adakah kau cuba memperkecilkanNya...
kerana mencipta dirimu...
yang jahil...

usahlah memperkecilkan...
Dia menciptakan manusia...
untuk menjadi kalifahNya...
hanya aku diturunkan...
menjadi hambaNya...
yang perlu menyembahNya...
hanya Dia yang satu...
Dia yang satu...
banyaknya ilmu...
hingga menjadi satu...

GHAFAR BAHARI said...

Terasa malu kepada Dia
tersesat di belantara di berinya jalan
sedang diri serba kekurangan
hidup pula dirantau orang
hendak mengaji tidaklah pandai
tapi kesilapan tidaklah lupa
sedih hati hati bertahun tahun
kepada tuhan meminta ampun
dibersihkan hati dilapangkan dada
bertawakal hanya kepada Dia

mulakan amalan apa yang tahu
hendaklah banyak beribu ribu
ikhlas hati tidak mengharap sesuatu
berniat hati membetul diri
berbual bercakap didalam hati
jangan menunjuk kepada orang
kerana rahsia harus disimpan.

GHAFAR BAHARI said...

Rupa rupanya baruku tahu yang terpilih itu adalah:
Dari yang menderita penyakit yang berat.
Dari yang ditimpa musibah dunia.
Dari orang yang sering terinaya.
Dari orang yang jujur ikhlas.
Dari orang yang tersangat susah.
Dari orang yang dikeji dihina.
Dari orang yang sabar.
Dari orang yang menyesali diri.
Dari orang yang mula mencari keredzaannya.

Banyakkan membaca surah Al Ikhlas.
Banyakkan zikir kepada Allah- malam- untuk keperluan akhrat.
banyakkan Salawat kepada Nabi-siang- untuk keperluan dunia.

GHAFAR BAHARI said...

Saya rasa ruang di sini sangat terhad.Fikirkan lah bagaimana.

Dhamah Syifflah said...
This comment has been removed by the author.
Dhamah Syifflah said...

aku bersyukur akan rahmatNya...
berkata akhirnya...
mengeluahkan rasa...
dipendam sekian lama...

ajarlah aku lagi...
aku sedia menanti...
apa yang bakal terjadi...

hidup aku ini...
hanya untuk mencari...

GHAFAR BAHARI said...

Makanan pada jiwa rohani atau batin itu adalah zikir dan wangi wangian.

Dhamah Syifflah said...
This comment has been removed by the author.
Dhamah Syifflah said...

telah berkali berulang...
kalimah sakti itu...
tetapi mengapa...
tetap aku begini...

adakah aku tidak dimaafkan...
kerana dosa selama ini...

GHAFAR BAHARI said...

Iktirifarlah banyak banyak ketika sujud dan minta ampun buat solat hajat 2 rakaat.
Ya Allah ampunilah hambamu ini, hambamu yang lemah ini.Ampunilah dosa dosa dari kelemahan diri hambamu ini,sesungguhnya hambamu ini sudah melampaui batas,tutuplah aib hambamu ini dari siapa pun jua , Ya Allah hanya engkau yang maha mengetahui.Hamba akan cuba memperbaiki kesilapan hambamu ini dimasa yang akan datang.Pimpinlah hambamu ini kejalan yang benar.

GHAFAR BAHARI said...

Dosa tetap akan dimaafkan asal kita meminta ampun.InsyaAllah akan adalah tanda tandanya nanti.Contohnya akan bertemu dengan dirikita sendiri didalam mimpi dengan wajah yang tersenyum dan berseri seri.Pejam mata dan renung betul betul dengan hati akan terpancul lah cahaya didalam renungan itu.Sangat terang mulanya malap saja.Akan dengar bunyi darah mengalir dari badan.( bunyi zikir).Amalkanlah zikirullah dulu banyak banyak.

GHAFAR BAHARI said...

Call saya. Saya tak berapa sedap bercerita di sini.Takut salah anggap orang,takut salah tafsir atau keliru.

GHAFAR BAHARI said...

Muhammad itu kekasih Allah,umat Muhammad itu kekasih Muhammad kekasih Dia juga.Maka diujinya mereka sebagaimana Muhammad juga diujinya.Susahnya sampai tak boleh nak diceritakan lagi, berserah saja hanya pada Allah.

GHAFAR BAHARI said...

Bila Allah menyelamatkan kita dari masaalah itu kita rasa sedih sangat.Kita berdoa Allah makbulkan doa kita.

GHAFAR BAHARI said...

Dalam susah pun Allah masih beri lagi masa untuk kita tolong orang lain yang lebih susah.

Dhamah Syifflah said...

aku mengerti maksudmu...
wajah berseri-seri..
bercahaya cahaya indah...
mengasikkan...

dibalik wajah tersirat wajahNya...
itu bak kata orang tua-tua...
bagaimana ingin melihatNya...
adakah tarik wajah itu...
lantas terlihatNya...
tidakkah sakit jika begitu...

bak angin bertiup...
dapat dirasa...
dilihat tiada...
menggoncangkan dada...
menyerap ke jiwa...
mampu dilihat...
jika ada diterbangkan...
oh... itulah angin...
tetapi tiada siapa tahu...
wajah sebenarNya...

kerana itu...
RahsiaNya hanya diriNya yang tahu...

bak akal...
berfikir kau...
berfikir aku...
adakah sama...
penceritaanNya...
tak sama...
hanya soalan serupa...
itupun jika kena pada gayaNya...

GHAFAR BAHARI said...

Melihat dengan (terpejam mata) mata hati pun sangatlah silau tidak upaya, mengintai intailah kita hanya sebalik tempias cahaya. Nur bayangannya ( Nur Muhammad ) itu pun tersangat silau tidak berupaya kita menatapnya. Janganlah kamu mencari zat Allah. Dari itu pesan ulama kenalilah sahaja sifatnya dari 99 nama takut nanti hancurlah diri kita tidak terpikul jiwa dan raga. Sedangkan bidadari itu pun kalau di hulurkan jari nya kebumi akan terpadam cahaya matahari kerana malu akan kecantikannya, inikan pula Dia.Tetapi Dia dan bayangannya tetap ada didalam diri kita. Jangan dicuba pada cermin takut iblis mengambil kesempatan menyamarkan diri. Cukup sekadar tahu Ia sentiasa bersama.

GHAFAR BAHARI said...

Tidak ingatkah cerita Nabi Musa yang ingin melihat wajah tuhannya dibuka kan sedikit sahaja pun sudah hancur Bukit Thur melihatnya.

GHAFAR BAHARI said...

Nama Allah itu bukan saja 99 malah ada lagi semuanya ada dalam Al Quran.

GHAFAR BAHARI said...

Tentang nur Muhammad itu ada ulama yang mengatakan ia bukan dalil yang kukuh. Tapi Jika Allah menghendaki sesuatu itu tiada yang mustahil. Tahap ilmu itu mengikut kehendaknya jua. Ada juga menjadi tersangat rahsia. Antara kita dan Dia.

Cahaya Kekasih said...

ahem2...