Tuesday, October 20, 2009

MELANKOLI DINIHARI


Ah... sedihnya malam ini
hujan setitis saja
menitis perlahan

betapa sunyinya di kegelapan
hanya cengkerik saja
yang berani bernyanyi
lagu luka hatiku ini

mereka semua pergi
melambai lambai tangan
meninggalkan bangku bangku setia
setangkai bunga kusam
diam tertinggal disana
bukan milik siapa siapa

aku melukiskan dia
tercengang cengang
melihat rerama putih
mencari warnanya
kemana hilang

alangkah sunyinya
mimpi ini
tanpa tetamu
berjalan sendiri
mencari pagi

... namamu
masih tertulis ditapak tangan ini
di mana terguris lama lukaku dulu.

11 comments:

Cahaya Kekasih said...

puisi semalam mana?

da xde da ek...


nama siapa yang tertulis di tapak tangan abah tu?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Puisi semalan tak tau kenapa tiba tiba saja hilang. kena reject kot .sebab abah dapat message kata sajak tu sensitif.apalah dia ingat abah tulis nak lawan orang ke itu cerita pasal lawan jin la.Sajak bab agama pun dia orang kata Ayat bodoh (nonsen).Abah simpan je la.tentang nama tu rasa rasanya sape yek?

Cahaya Kekasih said...

cenggang cenggang tu apa bah?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

terpingga- pingga.tertanya-tanya kehairanan (panik).Biasanya dalam kedudukan berdiri.

Cahaya Kekasih said...

satu g je la bah....tercengang-cengang kan? terpinga-pinga...

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

ok dah baiki.terima kasih kerana tolong abah.

mamamin said...

melihat sang puteri dan abah nya bercanda dan bermanja...

Kemesraan manusia itu membuat aku ketandusan untuk menulis kan bait bait rasa..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Anakanda seorang ni memangla macam tu, pantas macam kilat, teliti macam pendita.

Cahaya Kekasih said...

uhuk2...

tak nak ah komen lagi pas ni...huhuh

:P

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

anakanda komen lagi la

Cahaya Kekasih said...

no comment

hahaha