Sunday, June 20, 2010

CACAMURBA

Ku cuba melukis alam
bagai memetik
cebisan kenangan
diriku sehelai daun
dari seluruh pohon
antara bukit dan gunung
dari segala hijau
tapi ketandusan ilham

kubancuh warna pelangi
bagai menyapu rindu dihati
tidak tercapai tangan
tertutup oleh awan
kehilangan

ku cuba menyelam lautan
aku hanyalah ikan ikan
karang indah hanya hiasan
kewalahan menongkah badai
terdampar di pantai
kelemasan

kudengar nyanyi pilu
burung hitam di kota batu
berlagu tentang duka silam
lenyap di keriuhan
kekalutan menjelma
tersekat garau
diserak suara

aku mencarimu di mana mana

akulah ombak itu
sesat sendiri di lautan
dimana pulau pulau harapan
semuanya di tenggelamkan
hilang di pusaran

akulah pantai putih menanti
sekeping kertas tanpa mimpi
aku menunggu kata berbunga
kata yang terlontar di tangga
tapi hampa derita

aku teratai hanyut di air
kau kulit kulit siput
tertanam di pasir.

3 comments:

Zawawi Aziz said...

Sahabatku, sebuah puisi pilu,
dan
aku mengerti...

hanya kata orang,
'hilang gelap timbul terang'

ritahyahaya said...

Sdr. GOPA,

Sesekali dengar perkataan yang jadi tajuk puisi ni, tersenyum sendiri. Nostalgia dan rindu pada Tanah Utara.

GHAFAR BAHARI said...

yalah dah lama tak dengar perkataan tu.