Sunday, January 18, 2009
Berjalan- jalan di bandar Melaka hari minggu.
Penjajah meninggalkan meriam mereka.Apa maksudnya meriam itu?`Kalau melawan atau berdegil inilah bahananya`.
Diatas bukit Kota Al Famosa ini ada pengemis Melayu yang menyanyi sambil bermain musik, menadah topi mengharap belas kasihan simpati. Di sini juga ada pelukis yang sombong, marah kerana saya ingin mengambil gambarnya,jadi saya membatalkan niat itu.Mulanya saya sangat gembira kerana dia pun pelukis macam saya.Saya menghulurkan tangan tanda salam perkenalan sambil memperkenalkan diri, tapi dia tidak tahu berbudi bahasa dan tidak mahu bersalam dengan saya walau pun saya menghulurkan tangan merendah diri.` katanya untuk apa, saya tidak ada kena mengena dengan awak!. Dia telah memalukan saya dikhalayak itu,saya berlalu dan rasa terhina sekali tambahan pula ada isteri saya dan ramai orang disitu,sekurang- kurangnya dia menghormati saya yang lebih tua.Saya lihat Lukisannya pun hanyalah lukisan fotostat hitam putih yang hanya ditouchup dengan warna.Hanya ada sebuah lukisan yang memang dilukis sebagai pelindung, tetapi memang lukisan yang tidak berkualiti.Nampaknya secara peribadi saya kesal sekali datang ke situ pada hari itu dan sikap dan pendirian seperti langit dengan bumi.Mungkin menguji kesabaran saya dan ternyata sekali dari rupanya yang berpakaian selekih dan berambut panjang sangat menyakitkan hati saya.Sombongnya dia berjalan diatas muka bumi Allah ini.Tidak sedarkah diri semuanya hanya pinjaman sebentar saja. Sekurang- kurangnya saya dapat sedikit pengajaran dan sedikit ilmu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
TUAN
begitulah adanya kehidupan....niat yang baik belum tentu balasannya juga baik dari manusia lainnya....hanya Tuhan yang tahu hikmah semua yang diaturkanNya.
Terima kasih Donmny, gambaran ini membuat saya berfikir jauh, bagaimana agaknya generasi kita akan datang. Tapi tak mengapalah kita pun ada tugas masing- masing, dunia seni pun terlalu banyak cabaran, kita buat kerja kita sekadar yang termampu.
wah sombongnye orang tu....ish3...memalukan rakyat malaysia je kat tempat pelancongan...
Post a Comment