Tuesday, January 20, 2009
PAGI INDAH
Selepas pulang dari laut
mengutip ketam dan lumut
larut malam itu
semua kulit- kulitku mengelupas
terasa aku menjadi lain
berwajah lain
menjadi orang baru
menukar arah bangunku
membetulkan lunjur
bingkas berdiri
bersama segengam api
dan harapan menyala
tajam mataku kesana
terus meneliti setiap inci
setiap patah dan baris kata-kata
aku ingin terus melangkah dan berlari
bersama kau yang lahir dari diriku
sunyi puisi
dan taburan bunga dari hati lara
pagi ini
kita masih dapat mendengar burung bertanya
dan membisikan sesuatu dengan gembira
hanya kau yang tahu
semua rahsia itu
mencurah
hanya untuk kamu
mentafsirkan nya dari manis pengalaman
dari pekat hijau daun di hutan.
Mayang Sari,
Port Dikson.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
indah sajak ini.
Terima kasih,Apa khabar? harap berada dalam situasi yang lebih membahagiakan.Saya doakan Semoga Azli terus berjaya didalam apa jua lapangan .
indah puisi yang!
Ex-il@miro thanks lot. Terima kasih.
Post a Comment