Saturday, October 25, 2008

ANDAIAN

Sebenarnya dalam melihat
perlakuan manusia
dengan rambang mata
kita selalu tersalah sangka
dan kita tidak memahami
walaupun sepatah kata-kata
kita menjatuhkan hukuman sendiri
walau pun menyimpang jauh dari mula
kita menilai kulit dan rupa
walau berjumpa untuk seketika

adalah lebih baik
kita berbaik sangka
dari membuat andaian
yang bukan-bukan
manusia dengan wajahnya yang berbagai
dengan sifat yang berbedza
dengan kelemahan sentiasa
sebelum cerita baru bermula
kita mula menyibar fitnah
kita sebenarnya di perhatikan
berhati-hatilah
kejujuran yang tersembunyi
dalam hati

mata kita pun sebenar
tidak berapa jelas.

Wednesday, October 22, 2008

SAKIT YANG SINGGAH

Kesakitan pun
datang lagi bertanya
tidak pernah ku hiraukan luka
kelaparan juga
jemu menghantarku dengan dulang hitam
hanya sisa silam
sekian lama tertinggal
busuk bantal
tidak ada sesiapa peduli
tertidur dan mimpi

alangkah hebatnya mimpiku
singgahsana tinggi
antara bukit dan lautan
dan aku menanti mu di pintu
dengan aneka bunga
berbagai warna
yang sering ku taburkan
keliling waktu.

Saturday, October 11, 2008

JAMUAN HARI RAYA PPK/ PESISIR.






Terima kasih kerana jemputan jamuan Hari Raya anjuran Persatuan Penulis Kelantan PPK, Persatuan Penulis Tumpat PESISIR di hari Raya ke 4, Gelanggang Seni Kota Bharu, Kelantan. Meriah dapat juga jumpa teman -teman lama Wan A. Rafar, Pelukis kartun Rossem, Hadi, Rahimidin, Leo AWS, Ediramle dan lain-lain.



Semoga ia akan berterusan dan dapat pula merapatkan hubungan yang sedia ada.

Bersama Ediramle dan Rossem.

BUAH LETUP


Buah ini pun semakin sukar di temui. Sewaktu kecil dulu inilah buat kegemaran kami. kalau masak warnanya kuning didalam kepongpong. Manis rasanya macam biji selasih.

EMPANGAN TIMAH TASUH PERLIS


mendung

SAWAH DI BOHOR INAI PERLIS


Kepulangan kami di Perlis disambut hujan petang dan malam.Ketika ini hujan turun renyai- renyai. Memang rasa tenang terkepung di tengah- tengah permaidani hijau ini.