Saturday, October 25, 2008

ANDAIAN

Sebenarnya dalam melihat
perlakuan manusia
dengan rambang mata
kita selalu tersalah sangka
dan kita tidak memahami
walaupun sepatah kata-kata
kita menjatuhkan hukuman sendiri
walau pun menyimpang jauh dari mula
kita menilai kulit dan rupa
walau berjumpa untuk seketika

adalah lebih baik
kita berbaik sangka
dari membuat andaian
yang bukan-bukan
manusia dengan wajahnya yang berbagai
dengan sifat yang berbedza
dengan kelemahan sentiasa
sebelum cerita baru bermula
kita mula menyibar fitnah
kita sebenarnya di perhatikan
berhati-hatilah
kejujuran yang tersembunyi
dalam hati

mata kita pun sebenar
tidak berapa jelas.

2 comments:

gedeba said...

Adakah nukilan bapak ini berdasarkan rasa kecewa? - ikhlas gedeba

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Bukan rasa kecewa tetapi melihat perlakuan manusia sekeliling, terlalu mudah membuat andaian dari apa yang di lihat dengan mata. lalu dia menuduh yang bukan bukan berdasarkan agakan akal logika saja.