Thursday, September 04, 2008

TIDUR DALAM TAMAN BUNGA

Suatu waktu dulu memang pernah pun saya tidur di bangku dalam sebuah taman bunga di Pulau Pinang.Waktu itu selepas tamat sekolah menengah tingkatan 5, hajat hati nak kerja sebagai Pelukis di sebuah penerbitan yang buat akhbar `Bintang Timur`.Tidak cukup wang untuk tidur di hotel. Rasanya adalah dalam 20 ringgit dalam poket. Saya dan seorang kawan dari Perak tidur atas bangku batu dalam taman saja, sejuk angin kencang ,maklumlah tepi laut dan nyamuk pula sangat banyak mengerumuni tubuh kurus kering kami,selepas di halau oleh penguatkuasa kerana kami di sangkakan penagih dadah, kami tidur pula di masjid.Kat masjid pun kena halau juga. Pergi temuduga awal-awal lagi dia dah tanya `pernah buat layout?` terkepil kepil aku nak jawab ...apa benda tu?.Maklumlah orang kampung mana tahu, jadi gagallah aku ditemuduga hari tu. Pulanglah ke Perlis dengan hampa, tapi dalam hati rasa puas kerana dapat pengalaman makan angin keluar asap dan tersingkir di tempat orang.
Disepanjang perjalanan pulang dalam bas perkataan layout itu menjadi tanda tanya yang panjang dan tak terjawab.Mungkin dia halau aku dengan cara terhormat mungkin sama maksud dengan`Get out`.

4 comments:

Anuar Manshor said...

Doa-doa semoga tiada lay-off.

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Selamat Pengatin Baru Nuar.Semoga bahagia dan betambah bahagia.

Amal @ PriaPrai @ Chulan Chin said...

Salam bro gopa..
Peristiwa itu, menarik sebenarnya, walaupun hang laluinya dengan 'sakit & pahit'. Tak ramai orang berpeluang merasai pengalaman itu. Bertuah hang, bro!
Nah, sekarang hikmahnya- hang bekerja di bidang itu.
Patut hang buat (or buat2!)permohonan kerja kat tempat tu, sertakan sekali salinan sekian banyak lukisan dsb yg hang hasilkan. Gerenti yg menemuduga hang tu, kalau dia teringat kat hang yg pernah mohon kerja daripada dia, akan....
(macam2 yg boleh menyebabkan dia kena 'stroke', kalau tidak 'heart attack'..)..
Hihi..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

Dalam keadaan sekarang alhamdullillah cita-cita dah tercapai. tapi kenangan lama sentiasa teringat dalam ingatan, boleh jadi peransang untuk berkerja lebih rajin kerana untuk berjaya bukanlah senang.