Saturday, August 30, 2008

TANAH INI MILIK KITA

Negeri ini sebenarnya
telah tumpah begitu banyak darah
keringat dan air mata
telah datang pelbagai bangsa
pelbagai niat menyimpang hajat
namun begitu
halusnya muslihat
begitu payah juga mereka beringat
bertaubat
pegangan atau adat
hendak disukat
bisanya keris wasiat

Negeri ini sebenarnya
kaya ia dengan akar cerita
benar atau mentera
tersohor masyhur pula dari hasilnya
sehingga bersarang burung yang jauh
bersatu adat yang ada
bertemu jodoh dan baka
menjadi baik orang yang datang
semakin elok budi bahasa

Negeri ini sebenarnya milik kita
jangan sampai diri dipersenda
tidak pandai mengurus harta

apa ada hendak diberi
apa dijual hendak dibeli.



Abd. Ghafar Bahari
Dari Kumpulan Puisi Lukisan Pengembara
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan
31 Ogos 2008'
12.00 malam.

2 comments:

azlishukri said...

salam ramadhan, salam kemerdekaan dan salam ukhwah..saya link blog ini.

GHAFAR BAHARI said...

Salam kembali, semoga diberkati segala amalan di ramazan yang mulia ini.Terima kasih kerana sudi menjenguk ke blog saya.