Friday, September 05, 2008

SAHABAT

Sahabat sejati sukar dicari
pandai pula menjaga hati
bersetia ia sepenuh jiwa
merendah diri menabur bakti
gemar gembira dapat bersama
berpesan- pesan tanda ingatan
bagai pelita penunjuk jalan
tidak lupa sebagai bekalan

berbangga ia engkau berjaya
tanda ia ikhlas dan jujur
penganti sunyi teman berhibur
tidak berkira kederat upaya
dicuba juga selagi terdaya

tidak lekang namamu diulang
dalam doa engkau dijulang
sedang engkau tidak ketahui
kerana ia hasrat peribadi
tidak mengharap ia dipuji
tersemat dihati ikatan suci
tidak ia berbelah bagi.



Kumpulan Puisi ` Lukisan Pengembara`2008.

4 comments:

azlishukri said...

Sahabat Sejati 2

Kukenang waktu itu, ada dua rupa
rupa yang sedih dan yang gembira
kukenang waktu itu, ada dua rupa
rupa yang pura-pura dan yang jujur

kukenang waktu itu, ia tetap serupa
sukarnya kutemui teman sejati..

GHAFAR BAHARI said...

sempat juga buat sajak , terima kasih banyak- banyak.

UMNO PARTI PENJARA said...

Saya ada satu sajak kat laman blog saya ;-)


Suara Baru Pemuda ;-)
http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

GHAFAR BAHARI said...

faizal saya ada baca sajak saudara,tersentuh hati saya mengigatkan keadaan sekarang,yang daif bertambah daif. Saya memang tak suka tentang keperluan asasi rakyat yang diusik.keperluan makanan harian, pelajaran,api,air,tempat tinggal dan perubatan.