Mengapa kau tinggalkan segala kenangan
di sudut penjara
membilang hari
melukis rasa
hanya pedih luka luka
menderita kesakitan
sampai hati
kau biarkan aku hanyut
di laut hilang
pelayaran
sampai waktu
aku pasti pergi jua
mengembara
bagai debu yang beterbangan di angkasa
kembali aku ke asal diriku
di sampingMu
di sudut sunyi pertapaan
gua gua kegelapan
kerinduan ini melimpah
selebat hujan
hanya lah untuk kekasihKu
pemilik indah wangi bunga
kekaguman warna warna
terciptalah cinta mula
cinta yang pertama
kekal abadi
bersatu untuk selamanya
didalam pelukan sinar cahaya.
Karya: A. Ghafar Bahari.
3 comments:
salam perkenalan...mohon bloglist blog tuan...:)
Terima kasih kerana sudi meluang waktu.
Salam kembali dari saya.
Post a Comment