Wednesday, October 24, 2012

AKU INGIN MEMBELI HATI ITU

Inikah hati yang ingin kau jualkan itu
aku ingin sekali membeli semuanya
dengan harga sekadar termampu
walaupun aku dalam kepayahan
walaupun sejuta penghinaan
ingin kau lemparkan
aku tidak mungkin
dapat melupakannya

aku ingin sekali memiliki
sedikit ketenangan
tapi benarkah begitu sebenarnya
katamu aku tidak pernah ada di sana
aku tidak pernah singgah dalam hatimu
apakah harapan itu sudah lama tertutup
kerana hati ini
sentiasa bertanya dari jauh
kau tidak pernah lekang dari ingatan

Kekasihku
apakah kau tidak tahu
tentang keikhlasan
tidak pernah meminta apa apa
bukan pada kecantikan
bukan kerana nafsu
kerana cinta ini
akan sentiasa memaafkan
untuk dikongsi bersama
sekepal doa kebahagiaan
kerana rindu ini semakin meranum unggu
singkat waktu lagi untuk bertemu.

selagi ada
selagi terdaya
aku akan terus menanti
aku hanya ingin bertanya
seberat mana sakit luka
sedalam mana pedih dulu
aku cuma sekadar ingin tahu
walaupun malam ini
aku ingin sekali
membeli hati itu
namun...
aku tidak sanggup lagi
menatap wajahmu..

Karya : A. Ghafar Bahari
Selangor.


1 comment:

noralina said...

:( :(