Saturday, January 29, 2011
KEKASIHKU MERESAH HUJAN MALAM
Kekasih malamku
hanya tinggal rindu dan kedukaan
menghiasi sepinya perjalanan
hanya luka luka
pedih dan pilu
bila teringat padamu
hanya deraian hujan bercucuran
keras angin merembas kata
meresah di jendela
naskah naskah puisiku basah
kemana hilangnya indah
malam ini kemana bulan bersembunyi
bintang bintang menyendiri
hilang bersama kekasihku
membawa diri kemana haluan
malam dingin kian membeku
bersendiri tidak berteman
apakah telah tertutup
semua pintu pintu
kemaafan.
Thursday, January 27, 2011
SUNYI PUISI DINDA
Aduhai cinta kasih
teduh senja
berlabuh sedih
berdiri pohon pohon
memagari pantai dan lautan
mengapa
sunyi lagi hati ini
menanti bisik
desir bayu
tidak lagi menyapa
burung burung beterbangan
meninggalkan calar ranting
berbekas peristiwa dulu
aku di lupakan
akulah bintang bintang kesamaran
tenggelam timbul di balik awan
setiap waktu tertanya tanya
kemana pergi puisi cinta adinda
apakah tertinggal indah
di dalam duka
di bantal basah
bersama derai airmata
seandainya tersentuh luka
seandainya diri ini bersalah
maafkanlah segalanya.
Monday, January 24, 2011
DI MANA KEKASIH
Melihatnya
bukan dengan mata ini
mata lain
di mana mata hati
pejamkan mata ini
matikan diri
hanya Dia yang mengisi
rahsia di dalam rahsia
cahaya di dalam cahaya
yang menyatu
yang menghidupkan
dalam setiap hela nafas
yang menderu
bergetaran
mendengar
bukan dengan teliga ini
dengan rasa
berkejar rindu
di urat darah
bernyanyi
memuji
merayu
meminta
bersama Kekasih
kepada kekasih
bersatu dengan cinta
alam tanda ada
bersujud
melimpah
menitis yang terindah
dari segala indah.
bukan dengan mata ini
mata lain
di mana mata hati
pejamkan mata ini
matikan diri
hanya Dia yang mengisi
rahsia di dalam rahsia
cahaya di dalam cahaya
yang menyatu
yang menghidupkan
dalam setiap hela nafas
yang menderu
bergetaran
mendengar
bukan dengan teliga ini
dengan rasa
berkejar rindu
di urat darah
bernyanyi
memuji
merayu
meminta
bersama Kekasih
kepada kekasih
bersatu dengan cinta
alam tanda ada
bersujud
melimpah
menitis yang terindah
dari segala indah.
PERSOALAN CINTA
Sepasang cinta
berpegangan tangan
tampak begitu manja
melewati gerai gerai makan
taman taman
di mana lahir indah
dari kata kata
di sana terkumpulnya
kekasih kekasih
begitu ramai
bemesraan
tertanya tanya
ke langit
di sana juga ada kekasihnya
tumbuh dari pohon pohon
berbunga persoalan
dan menetas burung burung
kerinduan di sarang
terbang mencari jawapan
kembara kasih
tanda tanda
ke serata alam.
ALAM LUPA TIDAK BERNAMA
Memasuki alam lupa
sehingga kehadiranku
tidak disedari
namaku di lupakan
bagai ada tembuk di depanku
menutup wajah
tidak di kenali
tidak dihargai
terlindung
tidak kelihatan
tidak bernama
tidak mengapa
aku sedari itu
aku harap di sana
aku tidak dilupakan
kekasih terhadap cintanya
kerinduan pohon pohon
burung burung terbang
ikan ikan tertanya tanya
tercari cari
kerana kata kata
tidak lagi bermakna
kerana cinta ini
adalah cinta dari dalam
dari semua ikatan hubungan
hati ke hati
sejauh
sedalam mungkin
hingga saling mengenali
semakin rapat
semakin mendekat wajah
Kekasih
kepada kekasih terindah
aku tidak ingin lupa
namaku dari nama Dia.
TERKUNCI PAYAH
Payah
terlalu amat payah
sakit
terlalu amat sakit
menanti
di himpit sempit
terkunci segenap rongga
tertunduk tidak terkata
terikat di penjuru
tidak berdaya lagi
meronta
rendah
aku lagi merendah
ke bawah
terserah
terdampar
pada segala kemungkinan
bakal berlaku
terbiar hanyut
sungai pun terus mengalir
ke laut.
terlalu amat payah
sakit
terlalu amat sakit
menanti
di himpit sempit
terkunci segenap rongga
tertunduk tidak terkata
terikat di penjuru
tidak berdaya lagi
meronta
rendah
aku lagi merendah
ke bawah
terserah
terdampar
pada segala kemungkinan
bakal berlaku
terbiar hanyut
sungai pun terus mengalir
ke laut.
Sunday, January 23, 2011
BILA CINTA DATANG
Saturday, January 22, 2011
ANAK PEJUANG
Anakku
bangunlah
bukan kamu pengutip sampah
bukan kamu pengutip besi
bukan kamu penagih dadah
bukan kamu pelumba haram
Mat Rempit
sedarkah kamu apa terjadi
di luar sana
sedang kamu leka bernyanyi
janganlah kau ikut terhanyut
selagi nadi masih berdenyut
ada keris di bawah bantal
ada pedang di bawah tilam
asahlah matanya
biar betul betul tajam
Anakku
buka langkah
buka sejarah
ingat kembali silat yang dulu
tangkis musuh dari belakang
beramallah perteguhkan ilmu
kekuatan dalam mesti berguru
bersedia sentiasa di dalam diam
bagai api di dalam serkam
jangan lupa walau sedetik
ukwah Melayu jangan kau carik
gerak lalu mestilah cantik
Anakku
berhati hati setiap waktu
seteru mengintai segenap penjuru
jangan leka asyik bercinta
jangan tertarik pada yang mengoda
belum tahu isi hatinya
entahkan kaca mungkin permata
harga diri harus di jaga
kepada Allah kita berserah
kerana dia penentu segala
ingat selalu akan diriNya
ke jalan lurus lagi sempurna
jadilah kamu insan yang mulia.
bangunlah
bukan kamu pengutip sampah
bukan kamu pengutip besi
bukan kamu penagih dadah
bukan kamu pelumba haram
Mat Rempit
sedarkah kamu apa terjadi
di luar sana
sedang kamu leka bernyanyi
janganlah kau ikut terhanyut
selagi nadi masih berdenyut
ada keris di bawah bantal
ada pedang di bawah tilam
asahlah matanya
biar betul betul tajam
Anakku
buka langkah
buka sejarah
ingat kembali silat yang dulu
tangkis musuh dari belakang
beramallah perteguhkan ilmu
kekuatan dalam mesti berguru
bersedia sentiasa di dalam diam
bagai api di dalam serkam
jangan lupa walau sedetik
ukwah Melayu jangan kau carik
gerak lalu mestilah cantik
Anakku
berhati hati setiap waktu
seteru mengintai segenap penjuru
jangan leka asyik bercinta
jangan tertarik pada yang mengoda
belum tahu isi hatinya
entahkan kaca mungkin permata
harga diri harus di jaga
kepada Allah kita berserah
kerana dia penentu segala
ingat selalu akan diriNya
ke jalan lurus lagi sempurna
jadilah kamu insan yang mulia.
SEBUKIT BINTANG
Aku hanya ingin kau tahu
ketika langit gelap
dan awan putih kelabu
ketika pantai berkejaran ombak
dan batu batu tertegun
ketika pungguk memulakan ketukan
daun daun kelapa bertepukan
berlalu bayu menaburkan kata
bersama hujan malam
hanyalah kerana kesetiaanku
menunggu dalam sunyi
kerana akulah bulan yang diam
sepi meniti helaian hari
naskah naskah indah
berkali kali kubaca
masih kulukiskan
dan alam mewarnakan
indahnya percintaan
kukumpulkan kembali
seluruh kerinduan
sebukit bintang
dari daerah perkebunan.
ketika langit gelap
dan awan putih kelabu
ketika pantai berkejaran ombak
dan batu batu tertegun
ketika pungguk memulakan ketukan
daun daun kelapa bertepukan
berlalu bayu menaburkan kata
bersama hujan malam
hanyalah kerana kesetiaanku
menunggu dalam sunyi
kerana akulah bulan yang diam
sepi meniti helaian hari
naskah naskah indah
berkali kali kubaca
masih kulukiskan
dan alam mewarnakan
indahnya percintaan
kukumpulkan kembali
seluruh kerinduan
sebukit bintang
dari daerah perkebunan.
Monday, January 17, 2011
Sunday, January 16, 2011
ANTARA KERINGAT DAN TANGIS
Malam sudah jauh
hujan sudah berlalu
meninggalkan diam
basah alam hitam
mimpi mimpi indah
awal berbunga
kejengkelan
sebelum pagi tiba
tanpa warna
esuk bertanya bagaimana
usaha untuk tersenyum tumpul
tanpa tekanan emosi
meloloskan diri
dari celah himpitan
ceracak jeriji
tertimpa tersepit
antara bercucuran
keringat dan tangis
menyusul lorong lorong payah
tertunduk menyendiri
melihat hujung sepatu
berdebu
koyak mengelupas
dengan lapang dada
kesabaran di kota kaca
berlapis lapis
menebal
bertapis tapis
prajudis bertanya
terhempas berkecai
berderai di tangga
cuma kini aku semakin tua
semakin cepat juga lupa
seluruh kesakitan.
hujan sudah berlalu
meninggalkan diam
basah alam hitam
mimpi mimpi indah
awal berbunga
kejengkelan
sebelum pagi tiba
tanpa warna
esuk bertanya bagaimana
usaha untuk tersenyum tumpul
tanpa tekanan emosi
meloloskan diri
dari celah himpitan
ceracak jeriji
tertimpa tersepit
antara bercucuran
keringat dan tangis
menyusul lorong lorong payah
tertunduk menyendiri
melihat hujung sepatu
berdebu
koyak mengelupas
dengan lapang dada
kesabaran di kota kaca
berlapis lapis
menebal
bertapis tapis
prajudis bertanya
terhempas berkecai
berderai di tangga
cuma kini aku semakin tua
semakin cepat juga lupa
seluruh kesakitan.
Thursday, January 13, 2011
MENGHITUNG DETIK WAKTU
Hari ini
seorang anak sudah mula bersuara
sudah banyak aku menolong abah
sudah banyak abah
meminjam wang padaku
tapi jarang sekali
abah membayarnya
aku sudah mengumpul wang sendiri
untuk melancung keluar negeri
bersama ibu
tinggallah abah di rumah
berjagalah didalam gelap
tanpa api tanpa air
walau sudah dipotong
aku tidak dapat membantunya lagi
ambillah jam tangan ini
sebagai hadiah termahal dariku
tapi jangan pula meminta duit
hitunglah baik baik
detik waktu yang hilang
tunggu sehingga kami pulang
seorang ayah
tidak pernah mengeluh payah
inilah detik waktu yang tersisa
dan ia teringat semula
detik waktu itu
berlegar kesana kemari
meminta minta
mengharap belas simpati
demi anak tercinta
tidak peduli malu
walau di caci di hina
maruahnya bagai daun daun kering
yang bertebaran kekuningan
di padang padang
tanpa harga
Ah. lupa dia rupanya
pada pengemis tua ini
selepas keluar universiti
bercinta dengan suami orang
tiba tiba dia teringat sesuatu
ketika anak itu mahu di lahirkan
dia melihat bulan terang bercahaya
tidak henti henti mengaji
alangkah merdunya suara
betapa tingginya harapan.
seorang anak sudah mula bersuara
sudah banyak aku menolong abah
sudah banyak abah
meminjam wang padaku
tapi jarang sekali
abah membayarnya
aku sudah mengumpul wang sendiri
untuk melancung keluar negeri
bersama ibu
tinggallah abah di rumah
berjagalah didalam gelap
tanpa api tanpa air
walau sudah dipotong
aku tidak dapat membantunya lagi
ambillah jam tangan ini
sebagai hadiah termahal dariku
tapi jangan pula meminta duit
hitunglah baik baik
detik waktu yang hilang
tunggu sehingga kami pulang
seorang ayah
tidak pernah mengeluh payah
inilah detik waktu yang tersisa
dan ia teringat semula
detik waktu itu
berlegar kesana kemari
meminta minta
mengharap belas simpati
demi anak tercinta
tidak peduli malu
walau di caci di hina
maruahnya bagai daun daun kering
yang bertebaran kekuningan
di padang padang
tanpa harga
Ah. lupa dia rupanya
pada pengemis tua ini
selepas keluar universiti
bercinta dengan suami orang
tiba tiba dia teringat sesuatu
ketika anak itu mahu di lahirkan
dia melihat bulan terang bercahaya
tidak henti henti mengaji
alangkah merdunya suara
betapa tingginya harapan.
HATI SEORANG AYAH
Suatu hari
seorang anak menghampiri bapanya
Abah
Ini kunci keretaku yang baru
pandulah dengan cermat
kerana harganya sangat mahal
ia sebuah kereta mewah
bukan semua orang
dapat memilikinya
dalam hati bapanya terdetik rasa
kalaulah ada pilihan yang lain
tidak ingin kereta itu ia sentuh
takut nanti
tercalar kereta
tercalar pula hati anaknya
akalnya melayang jauh
sewaktu kecil dulu
puteri itu pernah ia usung
keliling kampung
dengan motosikal buruknya
melihat lombong dan tasik
betapa luas dan cantik
sebenarnya keindahan itu kini
tiada lagi
telah tertimbus semuanya.
seorang anak menghampiri bapanya
Abah
Ini kunci keretaku yang baru
pandulah dengan cermat
kerana harganya sangat mahal
ia sebuah kereta mewah
bukan semua orang
dapat memilikinya
dalam hati bapanya terdetik rasa
kalaulah ada pilihan yang lain
tidak ingin kereta itu ia sentuh
takut nanti
tercalar kereta
tercalar pula hati anaknya
akalnya melayang jauh
sewaktu kecil dulu
puteri itu pernah ia usung
keliling kampung
dengan motosikal buruknya
melihat lombong dan tasik
betapa luas dan cantik
sebenarnya keindahan itu kini
tiada lagi
telah tertimbus semuanya.
Tuesday, January 11, 2011
SUATU WAKTU UNTUK SESAAT
Petang teduh
ingatan melayang jauh
mencarimu gelisah
seperti hilangnya matahari senja
tengelam di perbukitan
melukiskan kembali kenangan
suatu waktu dulu
aku pernah kesana
menyusul sungai
menyongsang kelir angin lalu
membaca resah dalam airnya
berkocak tenang
tersembunyi rahsia
terpendam
namun terasa hampir aku padamu kasih
ketika aku membaca puisi puisi cintamu
mengalir aku dalam lembut sungai itu
walaupun mungkin menghanyutkan aku
semakin jauh
tapi aku percaya
suatu waktu
harapanku untuk sesaat
kita bertemu.
Gambar dalam bot menyusul sungai, rombongan dramatari Bharathayuda II dan drama Melati Sarawak ke RTM Sibu.
Monday, January 10, 2011
DI BAWAH TELUNJUK
Biarkan dia terlena di bangku
tiada siapa yang sudi
mengejutkannya
untuk bangun membilang duit
dan sebuah kehancuran
yang lebur di tangannya
biarlah dia hanyut
dalam mimpi mimpi indah
di cumbu bidadari
tersenyum sendiri
di penjara
aku pun tidak ingin kenal dia
biarkan rumput jadi lalang
di condong angin menari
biar patah telunjuknya
menuding salah sendiri.
tiada siapa yang sudi
mengejutkannya
untuk bangun membilang duit
dan sebuah kehancuran
yang lebur di tangannya
biarlah dia hanyut
dalam mimpi mimpi indah
di cumbu bidadari
tersenyum sendiri
di penjara
aku pun tidak ingin kenal dia
biarkan rumput jadi lalang
di condong angin menari
biar patah telunjuknya
menuding salah sendiri.
DI HIMPIT PAYAH
Malam ini ada bayang bayang
tumbang tenggelam di kolam
di langit bulan melengkung
bagai mata pisau yang tajam
mengintai kealpaan di jalan jalan
mahu memancung
berkali kali
ada manusia kejam
mengintai sengsara kami
yang tidur dalam kelaparan di kota
mewah lampu lampu tinggi
dalam tidur ini
hanya janji janji
sudah penat aku bersabar
bermimpi di bawah kekerdilan
hingga lelah menanti
mengutip syiling di tanah
penat mencaci caci mereka
tidak bertimbang rasa
tidak peduli
betapa sengsara ini
menghimpit rapat
tidak pernah sudah
tertumbuk lumat.
tumbang tenggelam di kolam
di langit bulan melengkung
bagai mata pisau yang tajam
mengintai kealpaan di jalan jalan
mahu memancung
berkali kali
ada manusia kejam
mengintai sengsara kami
yang tidur dalam kelaparan di kota
mewah lampu lampu tinggi
dalam tidur ini
hanya janji janji
sudah penat aku bersabar
bermimpi di bawah kekerdilan
hingga lelah menanti
mengutip syiling di tanah
penat mencaci caci mereka
tidak bertimbang rasa
tidak peduli
betapa sengsara ini
menghimpit rapat
tidak pernah sudah
tertumbuk lumat.
SAKIT KAMI
Kami hanya tertidur
dan bermimpi
merdu lagu tadi
mengisi lapar perut kami
kepayahan menggigit sakit
sekawan gagak
terbang dan menjerit.
dan bermimpi
merdu lagu tadi
mengisi lapar perut kami
kepayahan menggigit sakit
sekawan gagak
terbang dan menjerit.
Wednesday, January 05, 2011
AKULAH RAPUH RANTING ITU
Lihatlah pohon rundukku
hanya tinggal ranting ranting pilu
mereput kesedihan
daun daun setia
di sekelilingku beterbangan
hilanglah segala kenangan
wangi bunga bunga
bersama tunas manis dulu
aku hanya menunggu gugur rantingku
dipulas keras angin datang
runtuhku bersama hilang
seribu mimpi mimpi indah
taburan bintang bintang
di sini kekasih
harapanku patah
jatuhku kali ini
mencari ruang
apakah masih dihargai
untuk terus diulang kenang
daerah perkasihan kita
tenang bersemadi
bersama kembang
teratai mekar di kolam.
hanya tinggal ranting ranting pilu
mereput kesedihan
daun daun setia
di sekelilingku beterbangan
hilanglah segala kenangan
wangi bunga bunga
bersama tunas manis dulu
aku hanya menunggu gugur rantingku
dipulas keras angin datang
runtuhku bersama hilang
seribu mimpi mimpi indah
taburan bintang bintang
di sini kekasih
harapanku patah
jatuhku kali ini
mencari ruang
apakah masih dihargai
untuk terus diulang kenang
daerah perkasihan kita
tenang bersemadi
bersama kembang
teratai mekar di kolam.
MALAM SURAM
Ingin kugubah sebuah lagu
buat dirimu wahai kekasih
ingin kucoretkan wajahmu dalam lukisan
betapa indahnya rasa dan perasaan
hadirlah kekasih
bersama lebat hujan
berpaut di tali angin
sayap helang
pucuk ombak
langit kelam
ingin kusandarkan sepenuh harapan
pada mimpi mimpi pertemuan
huraikanlah wangi rambutmu
hadirlah dengan segala indah
datanglah bintangku
temankan lah suram kabus
calar bulan.
buat dirimu wahai kekasih
ingin kucoretkan wajahmu dalam lukisan
betapa indahnya rasa dan perasaan
hadirlah kekasih
bersama lebat hujan
berpaut di tali angin
sayap helang
pucuk ombak
langit kelam
ingin kusandarkan sepenuh harapan
pada mimpi mimpi pertemuan
huraikanlah wangi rambutmu
hadirlah dengan segala indah
datanglah bintangku
temankan lah suram kabus
calar bulan.
Tuesday, January 04, 2011
LAHIR DARI MIMPI
Jika telah menitis lagi cinta
susulilah teduh senja
lihatlah merah luka di sana
janganlah kau hiraukan
segala kesakitan
datang dan pergi
jika sunyi ini
kau masih tercari cari
titipkan lah sebuah puisi
tangis gerimis
di kedukaan hati
hanya hujan malam
yang selamanya semakin melebat
hanyut kenangan
kita hanya lahir dari mimpi
dengan jasad terbelenggu rindu
terpenjara di kegelapan diri.
susulilah teduh senja
lihatlah merah luka di sana
janganlah kau hiraukan
segala kesakitan
datang dan pergi
jika sunyi ini
kau masih tercari cari
titipkan lah sebuah puisi
tangis gerimis
di kedukaan hati
hanya hujan malam
yang selamanya semakin melebat
hanyut kenangan
kita hanya lahir dari mimpi
dengan jasad terbelenggu rindu
terpenjara di kegelapan diri.
Sunday, January 02, 2011
MIMPI DAN HARAPAN BERBUNGA API
Hadirlah kasih ke sini lagi
singgah di pengkalan
Pangkor Laut bertamu kami
ombak laut Pasir Bongok bernyanyi
menghibur tari
sekawan enggang
terbang menyusul pantai
puisi puisi berlagu
berdendang sayang
berbekas di hati
teritip berbunga
nelayan bertarung nyawa
menyelam rasa
mengusung bicara
puteri bayu
ke tengah samudra
bersama lelah
ikan ikan di jala
dari jeti tambatan hati
terpaut juga resah suasana
datang dan pergi cinta
malam di gegar percikan bunga api
sempena tahun baru berpesta
yang menjanjikan taman
segala indah mimpi mimpi
hasrat murni para karyawan
sepenuh harapan
semoga ilham menjadi kenyataan.
Karya : A. Ghafar Bahari ( Gopa ).
- Sempena Festival Puisi dan Lagu Rakyat Antarabangsa.
Puteri Bayu Beach Resort,
Pasir Bongak, Pulau Pangkor,
Perak.
1 Januari 2011.
Subscribe to:
Posts (Atom)