Thursday, January 13, 2011

HATI SEORANG AYAH

Suatu hari
seorang anak menghampiri bapanya

Abah
Ini kunci keretaku yang baru
pandulah dengan cermat
kerana harganya sangat mahal
ia sebuah kereta mewah
bukan semua orang
dapat memilikinya

dalam hati bapanya terdetik rasa
kalaulah ada pilihan yang lain
tidak ingin kereta itu ia sentuh
takut nanti
tercalar kereta
tercalar pula hati anaknya

akalnya melayang jauh
sewaktu kecil dulu
puteri itu pernah ia usung
keliling kampung
dengan motosikal buruknya
melihat lombong dan tasik
betapa luas dan cantik

sebenarnya keindahan itu kini
tiada lagi
telah tertimbus semuanya.

No comments: