Thursday, January 13, 2011

MENGHITUNG DETIK WAKTU

Hari ini
seorang anak sudah mula bersuara
sudah banyak aku menolong abah
sudah banyak abah
meminjam wang padaku
tapi jarang sekali
abah membayarnya

aku sudah mengumpul wang sendiri
untuk melancung keluar negeri
bersama ibu
tinggallah abah di rumah
berjagalah didalam gelap
tanpa api tanpa air
walau sudah dipotong
aku tidak dapat membantunya lagi

ambillah jam tangan ini
sebagai hadiah termahal dariku
tapi jangan pula meminta duit
hitunglah baik baik
detik waktu yang hilang
tunggu sehingga kami pulang

seorang ayah
tidak pernah mengeluh payah
inilah detik waktu yang tersisa
dan ia teringat semula
detik waktu itu
berlegar kesana kemari
meminta minta
mengharap belas simpati
demi anak tercinta
tidak peduli malu
walau di caci di hina
maruahnya bagai daun daun kering
yang bertebaran kekuningan
di padang padang
tanpa harga

Ah. lupa dia rupanya
pada pengemis tua ini
selepas keluar universiti
bercinta dengan suami orang

tiba tiba dia teringat sesuatu
ketika anak itu mahu di lahirkan
dia melihat bulan terang bercahaya
tidak henti henti mengaji
alangkah merdunya suara
betapa tingginya harapan.

2 comments:

selat_tebrau said...

ah..dosa apakah ayah itu..

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih Selat Tebrau.
Harus selalu ingat akan susah payah pengorbanan ibu dan ayah, berkatalah dengan elok jangan sampai tersinggung hati mereka.