Thursday, October 28, 2010

DIMINATI DERITA





Simpanlah rahsia ini
sejauh mana
sedalam mungkin
di celah daun
di lipatan
di dalam hijau
di hujung hari
di sudut lain

terlalu banyak aibku terkumpul di sana
aku juga telah diaibkan teman
kata kata terlempar di wajah
aduhai jiwa meronta lupa
akulah kekasih hilang haluan
hilangku di rimba pencarian

di kaki senja meronta
semakin jauh ranum sendiri
simpanlah rahsia ini
di perut laut di hati ikan
jangan sampai terbuka
kelak aku dihinakan

terlalu banyak dosaku di sana
ampunilah segala
mata mata hati pun terbuka
terlalu banyak kurangku begini
laluan berliku berduri
sehingga condongku ke sana
aku mudah tergoda
kerana aku sebenarnya
sangat diminati derita.

- Puisi ini telah di siarkan dalam Majalah Dewan Sastera,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Disember 2010.

4 comments:

MARSLI N.O said...

Sdr Gopa: Masih tengah hangat bercinta lagi, atau bagaimana?

MARSLI N.O

Jank said...

Gopa sentiasa hangat dari semalam

GHAFAR BAHARI said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...

Syok sendiri je