Friday, March 05, 2010

KEKASIHKU APA ITU CINTA

Cinta sebenarnya yang menamakan
hamba kepada kekasih
rindu sarat kasih
tersambung
terputus
dari hujung lidah
ke hujung nyawa
di mana iman
akal nafsu dan hati
bertempur hebat
meronta

kekuatannya
bukan pedang tapi tali.

12 comments:

setiakasih said...

Salam Gopa,

Puisimu menjawab puisiku...

cinta itu satu peperangan iman,akal, hati dan nafsu!

argh... kenapa parut ini berdarah?

GHAFAR BAHARI said...

setiakasih
parut yang baru kalau diusik pasti berdarah berbeza dengan parut yang lama kita akan jadi lebih upaya menahan sakitnya `alah bisa tegal biasa`.

GHAFAR BAHARI said...

semakin kuat ikatan cinta itu
semakin berat sakit yang dirasai
ibarat dua dinding yang di paku jika disentap dengan paksa akan terkoyaklah salah satu diantaranya.

GHAFAR BAHARI said...

kenangan indah memang sukar untuk dilupakan apa lagi kenangan yang pahit.Tapi kalau kita menyintai semua insan hal itu tidak lah sesakit mana.
Kita akan sedar bahawa mereka juga berhak membuat pilihan mereka sendiri dan kita sentiasa merelakan malah sentiasa pula merestui kerana kita juga sayang pada mereka.Asal mereka juga bahagia.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku
Inilah yang dinamakan pengorbanan
dan kita tidak mengharapkan apa apa balasan dari pengorbanan itu.Bukankah pengorbanan ikhlas itu ada lah sesuatu yang sangat hebat.Sejarah pengorbanan itu telah diulang berkali kali hingga menjadi contoh pada umat umat yang terdahulu.Allah sangat memuliakannya dan mengangkat mertabat mereka disatu tempat yang paling istimewa di syurga nanti.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
Inilah ganjaran dari luka dan kesakitan itu.Akan di hapuskan juga sekian banyak dosanya yang dulu.Di berinya rasa ketenangan pada jiwa.Sujudlah dengan lebih lama,merataplah agar segera hilang sakit itu.istirafarlah dan pasrahlah dengan ketentuannya atas dirimu.Allah yang lebih tahu mungkin kehidupan mu akan jadi lebih sakit dan sukar dari apa yang ada pada hari ini jika kamu bersama dengan dia.

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasihku
Bukankah peperangan yang paling hebat itu adalah berperang dengan diri sendiri.
Salam buat Serikandiku yang terhebat.

setiakasih said...

Salam...

Gopa... terharu aku membacanya. Terima kasih tiada terhingga.

Enzim-enzim keseriusan sedang melarutkan kehalusan kata yang ingin aku ungkapkan, hingga aku tidak berdaya mengucapkan kata-kata hati seperti biasa.

Pabila reda kekalutan dan ketegangan akal fikir, akan aku kirimkan puisi-puisi di laman dan daerah kita.

'Allah yang lebih tahu mungkin kehidupan mu akan jadi lebih sakit dan sukar dari apa yang ada pada hari ini jika kamu bersama dengan dia.' << aku suka yang ini. jelas ia benar. cuma ia ambil masa untuk aku terima sepenuhnya.

Menjadi sebahagian dia pasti menghancurkan aku.

Riesna Zasly said...

cinta bersulur akal yang diredha...
berpaksi akal, bertunjang naluri

nice poetry

GHAFAR BAHARI said...

Setiakasih
salam kembali dari saya,
ya memang memakan masa yang agak lama
kerana saat ini akal dan hati tidak mungkin menerima sebarang alasan.
tapi tak mengapalah tenangkan fikiranmu dulu.Saya doakan kamu selamat sentiasa.

GHAFAR BAHARI said...

Riesna Zasly
Betul kata Riesna tu,harus dapat mengawalnya dengan tenang
menzahirkan dengan luhur.
Terima kasih kerana ziarah ini.

blogger misteri said...

puitis..