Friday, March 12, 2010

IZINKAN RINDU INI

Izinkan aku
mengutip rindu sarat ini
setangkai bunga indah
di kesegaran pagi
harum mewangi
berpanjangan

benarkanlah aku
merenung tajam matamu
di kesibukan lalu
sekilas pandang
sedalam dalam
sejauh jauh
hantaran

agar aku tidak lagi gelisah
dalam sunyi terlantar
oleh tikaman rindu
didera jam dan waktu
lihat lah di ruang menanti
berbaris resah rinduku menunggu
merayu kekasihku menoleh ke sini
sepuas puas nya
menekap diingatan dihati.

4 comments:

HdsenCe said...

salam,

Izinkan aku
mengutip rindu sarat ini
setangkai bunga indah
di kesegaran pagi

aku suke tu kata ncik,,

nice Poem,,

i like Poems,,

salam,
kutunggu dilangit senjaku...
^_*

Riesna Zasly said...

merenung jauh menggembur rindu
menitip sapa terpaan angin

GHAFAR BAHARI said...

HdsenCe
Salam kembali kesegaran pagi
dan melihat indahnya maya
semuga dalam ketenangan sentiasa.

GHAFAR BAHARI said...

Riesna
sapaan angin memujuk lara
rindu jauh kukirimkan pesan
diri ini dilupa jangan.