Friday, March 19, 2010

KEKASIHKU JUZUK JUZUK CINTA

Juzuk juzuk cinta
betapa indahnya kau lagukan irama
pada bayangan sepotong nama
dan pada harumnya setiap lembaran
sehingga terpancar mentari
ku nikmati meriahnya pagi
seolah olah
aku di longgokan seribu bunga
anika warna
melimpah haruman

apakah mungkin aku miliki
sekeping hati sesuci ini
yang sering kudambakan kini
buat menemani mimpi malam nanti
di daerah perkasihan
luar biasa

juzuk juzuk cinta
kalimah kalimah kekasihku
setiap detik kutunggu
utus hantaran bayu
ahh betapa gelisahnya
senja merah ranum ini
menitis rinduku ungu.

2 comments:

Zawawi Aziz said...

Sahabatku Gopa,
aku kagum dengan bahasa 'manis'
lewat puisi-puisimu.

GHAFAR BAHARI said...

Saudara Zawawi
Terima kasih kerana kunjungan ini.
Rindu yang semakin menebal hingga bertukar warna manisnya.