Saturday, February 02, 2013

KEMANA MENGHILANG

Kemana pergi gerimis petang
tiba tiba kau hilang
sehingga segalanya tinggal
begitu menyiksakan.
Sehingga puisiku diam
kekeringan hanyut
daun daun waktu  berlalu
aku semakin tua
bermain dengan lapisan kedut
cerita yang usang
tercari cari
tertanya tanya
pada wajah di calar cermin

kemana lenyap gerimis senja
tinggal hanya pohon pohon hitam
sehingga kuntum senduduk itu
tidak lagi melahirkan kembang unggu indahnya
apakah semua itu tidak lagi
memberi apa apa makna
buat kamu

Sedarkah kamu kekasih
bahawa hatiku
sangat tersentuh sekarang.

Karya: A. Ghafar Bahari.
3.2.2013.






5 comments:

CETUSAN SEIKHLAS RASA said...

Indah...

GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih.

ita said...

"Sedarkah kamu kekasih
bahawa hatiku
sangat tersentuh sekarang"

..sanagat menyentuh hati, puisi yg indah..

ita said...
This comment has been removed by the author.
GHAFAR BAHARI said...

Terima kasih.