Monday, June 13, 2011

TELAH HITAM HAGUS TUBUH INI

Tidak aku ingin hidup
dari jiwa lebur
tidak aku ingin
luruh ansur beransur
pahit rasa ini
telah lama kukemam
diamku ada api
di dalam dada
api semangatku
yang kian menyala
aku ingin membakar
deritaku yang dulu
telah hitam
hangus tubuh ini
aku ingin mewarnakan
indah hidupku yang baru.

1 comment:

setiakasih said...

coretkan garisan pada tiap lukisan
tebal nipis
getar lurus
apa jua arahnya
ia menceritakan utusan nubari
pada kanvas kehidupan
yang mengujarkan setiap derita yang bersangkutan
demi cinta
kerana dalam hitam putihpun
kau tetap indah.