Sunday, December 19, 2010

BURUNG MALAM

Akulah burung burung putih itu
yang beterbangan meredah malam
mencari pagi cerah

kuhela penat lelah ini
kutaburkan kata kata
penuh kedukaan
di bawah sayapku yang luka

aku meredah kesakitan
aku mencari mimpi indah dulu
dalam igau tidurmu
yang tidak pernah menjanjikan istana

kini aku hanya lah burung yang hitam
oleh gelap suasana
dan terbangku tidak pernah di lihat sesiapa.

3 comments:

Mokde said...

As Salam, boleh mokde tampal puisi ini di blok saya?, http://pundungku.blogspot.com

GHAFAR BAHARI said...

Salam kembali Mokde
Terima kasih kerana suka dengan sajak saya ni
gunakan lah saya benarkan.

Mokde said...

t.kasih