Wednesday, September 02, 2009

LAMUNAN




Hanyalah ingatan
yang sering ku hanyutkan
jauh dari indah itu
dedaun kekeringan
di padang padang perhitungan
terlentang kejang
kehancuran ku relakan

apa yang kau tinggalkan hanyalah
seketul hati sekepal cinta
apa kau fikir ia akan lenyap hilang
begitu mudah dari ingatan
sehingga bertahun tahun mimpi itu
mempermainkan
keindahan
hanyalah sia sia
tidak pernah menjadi nyata
tidak pernah tumbuh pun
mana mungkin
menjadi bunga

terima kasih kawan
aku sudah biasa dihanyutkan
bila tidak diperlukan
bila tidak ada kepentingan

4 comments:

Cahaya Kekasih said...

huhuhu....jiwang la pulak abah ni...huhu...bila buat ni?

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

ala semalam la tiba- tiba je datang idea nak buat sajak macam tu .

Cahaya Kekasih said...

abah..tu typing error kot....mempemainkan...tertinggal r..

ABD. GHAFAR BAHARI (GOPA) said...

ok